Tutup

Berita  | Bisnes

Garis Masa 2018: Perang dagangan AS-China

Garis Masa 2018: Perang dagangan AS-China
Ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat dan China ini memberikan kegusaran kepada ekonomi dunia lain yang bergantung kepada dagangan terbuka untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi. - Gambar fail
PADA 17 September lepas, President Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan tarif ke atas produk yang diimport dari China yang bernilai USD200 bilion.

Ini merangkumi hampir separuh daripada produk dari China termasuk barangan pukal dan pengguna.

Tindakan ini adalah susulan daripada peningkatan defisit dagangan yang dialami AS dalam dagangan bersama negara luar.

China sebelum ini turut mengenakan tarif ke atas produk dari A.S bernilai USD34 bilion selepas Washington mengenakan tarif ke atas produk dari China bernilai USD50 bilion.

Tarif ini bermula dengan 10 peratus pada hujung September dan dilaporkan meningkat kepada 25 peratus pada akhir 2018.

Ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat dan China ini memberikan kegusaran kepada ekonomi dunia lain yang bergantung kepada dagangan terbuka untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi.