Pemangku Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob menolak gesaan agar beliau meletak jawatan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Suara Generasi Kedua Felda.
Beliau berpendapat gesaan itu sebagai "amat tidak kena" dan berjanji untuk melaksanakan tugas yang diberikan kerajaan bagi memulihkan prestasi kewangan syarikat tersebut.
Dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini, beliau berkata, tugas utamanya sejak dilantik sebagai pemangku pengerusi bagi menggantikan Tan Sri Isa Samad pada 19 Jun lepas adalah untuk mengembalikan keyakinan pelabur terhadap FGV sebagai syarikat senaraian awam yang pemegang saham terbesarnya ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta peneroka sendiri.
Isnin lalu, Datuk Zulkefli Nordin, penasihat kumpulan yang mewakili generasi kedua peneroka FELDA telah menggesa Sulaiman dan lembaga pengarah untuk meletak jawatan bagi menghapuskan keraguan mengenai integrriti mereka dalam menguruskan FGV, satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar dunia.
Zulkefli berkata, masalah FGV dilihat berpunca daripada campur tangan lembaga pengarah dalam mentadbir FGV dan sebahagian peneroka generasi kedua bimbang masalah FGV akan dipersalahkan kepada presiden FGV yang digantung tugas, Datuk Zakaria Arshad.
Ketika menafikan tuduhan berkenaan Sulaiman berkata: " Sebagai syarikat senaraian awam, FGV perlu mematuhi tadbir urus korporat, undang-undang dan peraturan.
"FGV mesti bertindak sewajarnya dan semuanya perlu dilakukan bagi melindungi kepentingan pemegang saham dan semua tuduhan terbabit tidak akan mengganggu saya atau menggagalkan rancangan kami," tambahnya.
Pada 6 Jun, beberapa eksekutif kanan FGV diarah bercuti berikutan kemelut lembaga pengarah antara Isa dan Zakaria yang dicetuskan kelewatan bayaran untuk transaksi minyak sawit oleh syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.
"Saya belum pun sebulan memegang jawatan ini dan tuduhan itu tidak akan mengganggu saya. FGV adalah syarikat senaraian awam, oleh itu saya tidak akan membenarkan sebarang perpecahan dalam lembaga pengarah.
"Membuat tuduhan seumpama itu adalah seperti sengaja mencari masalah dan membuka jalan kepada harga saham untuk terus jatuh," tambah beliau.
Ketika saham FGV disenarai pada Jun 2012, ia diniagakan pada RM4.55 seunit, tetapi telah merudum kepada antara RM1.60 dan RM1.70 sesaham, disebabkan terutama oleh banjir di Kelantan serta harga minyak sawit mentah yang rendah.
Berikutan pelantikan Sulaiman, harga saham meningkat 4.55 peratus kepada RM1.84 selepas pelabur memberi reaksi positif terhadap perubahan dalam pucuk kepimpinan syarikat tersebut. Bagaimanapun ia jatuh empat sen kepada RM1.65 ketika ditutup semalam.
Ketika mempertahankan tindakan yang diambil bagi memulihkan FGV, Sulaiman menegaskan: "Kami diberi mandat oleh pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan dan semua resolusi telah diluluskan mereka...pemegang saham adalah pihak berkuasa kami yang lebih tinggi dan oleh itu kami mempunyai tanggungjawab terhadap mereka."
"Dan dalam usaha untuk bergerak ke depan, kami berhasrat untuk menangani pelbagai isu berkaitan buruh asing dan produktiviti syarikat. Bersama dengan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, kami mahu lembaga itu menjadi kuat semula."
Sulaiman pernah berkhidmat dengan kerajaan selama 38 tahun dalam pelbagai kapasiti termasuk sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri serta Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2017
Sulaiman berpendapat gesaan itu sebagai "amat tidak kena" dan berjanji untuk melaksanakan tugas yang diberikan kerajaan bagi memulihkan prestasi kewangan syarikat tersebut. - Gambar fail
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
Ia melibatkan perbincangan model perniagaan membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.