Syarikat e-hailing terkemuka Asia, Grab kini meneruskan lonjakan pengukuhan syarikat selepas berjaya mendapat suntikan modal bernilai RM6.3 bilion (AS$1.5 bilion) daripada SoftBank.

Pada Rabu, syarikat yang berasal dari Malaysia kini berpangkalan di Singapura itu memberitahu agensi bahawa mereka bercadang untuk menggunakan suntikan modal terbaharu itu untuk menambahkan perkhidmatan pada aplikasi mereka.

Ketika ini Grab menyediakan pelbagai perkhidmatan yang bukan sahaja membabitkan pengangkutan e-hailing semata-mata.

Dalam masa sama, Grab bercadang untuk melabur di Indonesia bagi memberikan persaingan yang lebih hebat kepada GoJek.

Susulan suntikan modal daripada SoftBank, nilai Grab kini mencecah RM57.23 bilion (AS$14 bilion) berbanding tahun lalu pada sekitar RM44.96 bilion (AS$11 bilion).