Persekutuan Persatuan Pelancongan ASEAN (FATA) hari ini memilih semula Presiden Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Hamzah Rahmat sebagai Presiden FATA bagi penggal kedua berturut-turut tahun ini sehingga 2019.
FATA dalam satu kenyataan berkata pemilihan itu dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) FATA baru-baru ini di Chiang Mai, Thailand.
"AGM FATA juga memilih Mingkwan Metmowlee dari Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Thailand (ATTA) sebagai timbalan presiden dan Pauline Suharno dari Persatuan Perusahaan Penjual Tiket di Indonesia (ASTINDO) sebaghai setiuausaha agung.
"Sementara itu, Cesar R. Cruz dari Persatuan Pengusaha Pelancongan Filipina (PHILTOA) pula dipilih sebagai bendahari kehormat," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan, anggota FATA berharap pasukan yang baru dipilih akan memperlihatkan keterlibatan yang lebih aktif dan menjalin hubungan kerja yang lebih rapat dengan semua peneraju dan pihak-pihak berkepentingan utama dan dengan pihak berkuasa tempatan dan serantau bagi meningkatkan standard industri pelancongan di negara-negara ASEAN.
Pada masa ini, Hamzah ialah Ahli Lembaga Gabungan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Dunia (WTAAA) dan Ahli Majlis Passenger Agency Programme Global Joint Council Persatuan Pengangkutan Udara Anatarabangsa (IATA).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2018
Datuk Hamzah Rahmat dilantik semula dua kali berturut-turut sehingga 2019. - Foto facebook/@BlooggersMedia
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.
Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.
Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.