Harga minyak dunia melonjak ke paras tertingginya dalam hampir dua tahun selepas saluran paip yang membawa bekalan minyak mentah di Libya meletup pada Selasa.
Setakat jam 1.11 petang Rabu, harga minyak Brent dicatat pada AS$66.74 setong, paras tertinggi sejak 15 Mei 2015.
Manakala harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dicatat pada AS$59.75, paras tertinggi sejak 12 Jun 2015.
Letupan saluran paip tersebut, yang membawa minyak mentah ke terminal Es Sider di Libya, dijangka mengurangkan bekalan minyak dunia sebanyak 70,000 ke 100,000 tong sehari.
Ia juga dijangka mengambil masa untuk dibaiki dan beroperasi semula, sekaligus membawa kesan jangka sederhana kepada bekalan dan harga minyak dunia.
Insiden tersebut memberi tekanan lebihan kepada bekalan minyak dunia, selepas saluran paip minyak mentah di United Kingdom turut ditutup dua minggu lalu akibat retak.
Bagaimanapun, sebarang tekanan yang mengurangkan bekalan minyak mungkin dialu-alukan oleh Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang berdepan tekanan untuk mengurangkan bekalan komoditi itu untuk menolak naik harganya.
Pada November 2016, ahli OPEC mencapai persetujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak mereka buat pertama kali sejak 2008, setelah berdepan kelemahan harga minyak selama dua tahun.
Manakala pada Disember 2016, OPEC beserta negara bukan ahli OPEC seperti Rusia, turut bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak masing-masing untuk tujuan yang sama.
Pada Mei 2017, kedua-dua pihak sepakat melanjutkan persetujuan tersebut sehingga hujung 2018.
Luqman Hariz
Wed Dec 27 2017
Harga minyak dunia capai paras tertinggi dalam hampir dua tahun selepas saluran membawa minyak di Libya meletup pada Selasa. - Foto REUTERS
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit merosot untuk dibuka rendah pada Rabu berikutan harga minyak mentah Brent ditutup rendah.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada sesi dagangan awal pagi ini
Pada jam 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.84 mata kepada 1,587.36 daripada 1,582.52 ketika ditutup para urus niaga minggu sebelumnya.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna
Pada 9 pagi, unit tempatan itu susut 10 mata asas kepada 4.1320/1360 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1350 ketika mengakhiri urus niaga petang Isnin.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Urus niaga ringgit agak rendah berbanding dolar AS ketika dibuka pada pagi Isnin kerana kekurangan permintaan untuk unit tempatan.
Bursa Malaysia dibuka rendah awal pagi ini, sentimen berhati-hati
Peserta pasaran mungkin mengurangkan aktiviti urus niaga masing-masing sebelum cuti hujung minggu yang panjang bermula.
Ringgit dibuka tinggi, kukuh 90 mata asas berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat 90 mata asas kepada 4.0590/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0730 ketika ditutup pada Jumaat petang.
Bursa Malaysia bermula minggu ini dengan sentimen positif
Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan sentimen positif seiring dengan prestasi di Wall Street yang ditutup tinggi pada Jumaat minggu lepas ditengah-tengah pemulihan harga minyak mentah.
Minyak mentah Brent dijangka meningkat kepada AS$68 setong akhir 2020
Harga minyak mentah penanda aras global, Brent dijangka naik kepada AS$68 setong menjelang akhir 2020 berbanding AS$64 setong pada Rabu.
Harga minyak mentah melonjak
Harga minyak mentah melonjak ke paras lima bulan tertinggi pada dagangan selasa dipacu data ekonomi China yang kukuh sekaligus member bayangan permintaan mungkin meningkat.
Petronas rekod pendapatan RM251 bilion
Keuntungan Selepas cukai (PAT) Kumpulan Petronas merekodkan peningkatan 22 peratus kepada RM55.3 bilion bagi tahun kewangan 2018.