HARGA minyak mentah berlegar pada paras tertinggi untuk tahun ini dipacu potongan bekalan oleh Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) serta sekatan ekonomi Amerika Syarikat ke atas Iran dan Venezuela.

Penanda aras minyak mentah Brent mencecah AS$66.83 setong minggu ini.

OPEC serta Rusia dijangka memotong pengeluaran minyak mentah bagi penghantaran bermula Mac.

Ia melibatkan sejumlah 1.2 juta tong sehari bagi mengawal lebihan bekalan dalam pasaran yang menolak turun harga emas hitam itu.

Susulan cadangan pemotongan bekalan itu, penganalisis menjangkakan harga minyak mentah akan mencecah AS$73 setong pada suku ketiga 2019.