Harga minyak mentah didagang tinggi pada Jumaat dalam pasaran Asia susulan kelemahan nilai dolar AS, dengan kebanyakan pasaran ditutup susulan cuti Tahun Baru Cina,

Harga minyak mentah Brent naik 0.4 peratus kepada AS$64.59 setong pada Jumaat, dan merekodkan peningkatna tiga peratus dalam tempoh seminggu.

Harga emas hitam itu dijangka meneruskan momentum peningkatan dipacu tindakan pemotongan bekalan oleh negara anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebanyak 1.8 juta tong pada tahun ini.

Selain itu Arab Saudi dan Rusia sedang dalam proses rundingan berkaitan kerjasama kawalan pengeluaran baharu yang dijangka dicapai menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Tenaga Emeriah Arab Bersatu Suhail al-Mazroui pada Khamis.

Kesemua langkah itu adalah bagi menjamin lebihan bekalan dalam pasaran dikawal sekaligus menolak naik harga minyak mentah yang hilang separuh nilai sejak tiga tahun lalu.