Petronas mencatatkan hasil 25 peratus lebih rendah pada 2015 kepada RM248 billion.

Ia turut mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM21 billion, jatuh 56 peratus daripada 2014.

Menurut kenyataan Petronas, angka tersebut memberikan gambaran kesan harga minyak pada purata US$52 setong kepada Petronas pada 2015

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, 2016 dan 2017 akan menjadi tahun mencabar buat Petronas.

Ia menjangka aliran tunai daripada operasi tidak akan cukup untuk menampung CAPEX dan komitmen dividen kepada kerajaan sebanyak RM16 billion.

Untuk 2016 Petronas akan mengurangkan CAPEX dan OPEX sebanyak RM15-20 billion.

Ini adalah sebahagian daripada pelan untuk mengurangkan CAPEX dan OPEX sebanyak RM50 billion dalam 4 tahun.

Dalam masa yang sama, Petronas telah melengkapkan semakan model operasi perniagaan untuk menjadikannya lebih efisyen.

Ini akan menyaksikan Petronas menjalankan operasi dengan struktur baru pada 1 April.