Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 and diesel naik 15 sen, mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Minyak (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mengesahkan perkara itu kepada Astro AWANI.

Kadar baharu berkuat kuasa 1 November bagi RON95 adalah RM1.95 seliter berbanding RM1.80 sen seliter.

Harga RON97 adalah RM2.30 berbanding RM2.15 sen seliter, manakala harga diesel ialah RM1.90 seliter berbanding RM1.75.

Diesel Euro 5 turut mengalami kenaikkan dengan harga barunya RM2.00 berbanding RM1.85.