Tan Sri Mohd Hassan Marican meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd untuk menumpukan perhatian kepada penglibatan lain.

Peletakan jawatannya itu berkuat kuasa pada 6 Mac, 2020.

“Kami berterima kasih kepada Mohd Hassan di atas komitmen dan sumbangan beliau kepada Khazanah sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarah dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” menurut Khazanah dalam kenyataan pada Isnin.

Khazanah merupakan dana kekayaan berdaulat Malaysia yang diamanahkan untuk meningkatkan kekayaan jangka panjang negara menerusi objektif komersial dan strategik yang berbeza.

Matlamat komersialnya adalah membangunkan aset kewangan dan mempelbagaikan sumber hasil untuk Malaysia manakala okjektif strategiknya pula memegang aset strategik yang menjamin manfaat ekonomi jangka panjang.

-- BERNAMA