Honda Malaysia merekodkan pendaftaran tertinggi kereta jenama itu pada Julai, dengan sebanyak 12,808 unit dijual.

Dalam kenyataan hari ini, Honda berkata City, Civic dan Jazz merupakan model paling laris dijual pada bulan berkenaan dengan penguasaan jualan masing-masing sebanyak 36 peratus, 19 peratus dan 16 peratus.

"City menjadi kegemaran Malaysia kerana berbaloi dengan nilainya selain cirinya yang ideal untuk kegunaan persendirian atau keluarga," kata Honda dalam kenyataan itu.

Honda Malaysia juga berkata ia akan memperkenal satu lagi model popular di pasaran Malaysia - HR-V, baharu tidak lama lagi.

-- BERNAMA