Huawei melancarkan tujuh produk baharu yang akan dipasarkan di Malaysia dalam suku terakhir tahun ini.

Huawei Mate20, Mate20 Pro, dan Mate20 X adalah tiga dari tujuh peranti terbaharu yang akan dipasarkan.

Syarikat e-tekomunikasi gergasi China itu juga mengumumkan pelancaran empat lagi produk lain, termasuk komputer riba MateBook X Pro dan MateBook D.

Jam tangan pintar Huawei yang datang dalam dua versi berlainan melengkapkan kesemua tujuh produk tersebut.

Pelancaran telefon Mate20 ini dibuat setelah Samsung melancarkan Note 9 dan Apple melancarkan iPhone XS, XR, dan X Max.

Antara ciri-ciri terbaru Mate20 Pro termasuk:
  1. Tiga kamera bersiri, 40MP lensa lebar, 20MP lensa ultra lebar, dan 8MP lensa telefoto
  2. Skrin 6.39 inci OLED dengan resolusi 1440 PPI
  3. Didatangkan dalam lima warna berbeza, Emerald Green, Twilight, Pink, Midnight Blue dan Hitam
  4. Pemproses dalaman yang terkini, iaitu Kirin 980
  5. Bateri yang besar 4,200 mAh. Syarikat ini mengatakan bahawa cas laju sehingga 70 peratus boleh dijana dalam tempoh 30 minit
  6. Seluruh skrin hadapan telefon ini boleh menjadi sensor cap jari
  7. Data keselamatan tinggi, melalui EMUI 9 dan Android 9 Pie

MateBook X Pro dan D juga dipasarkan

Susulan pengumuman pelancaran Huawei MateBook X Pro, Huawei mengesahkan hari ini bahawa mereka bukan sahaja akan membawa satu siri komputer riba di Malaysia, tetapi dua - memaparkan jenama baharu Huawei MateBook D dalam 14 inci.

Huawei MateBook D akan menampilkan nisbah skrin-ke-tubuh 81% dengan bezel 5.2mm sahaja untuk memaksimumkan paparan kandungan. Selain itu, log masuk menggunakan cap jari juga telah dipopularkan.

Pengguna dapat log masuk melalui ciri satu sentuhan kuasa yang membantu menjimatkan banyak masa, bukannya memasukkan kata laluan beberapa kali, terutama bagi mereka yang sering melupakan kata laluan mereka.

Sebelum ini, Huawei telahpun melancarkan MateBook X Pro dengan harga pasaran yang dilaporkan sekitar RM5,000. Harga Huawei MateBook D akan diumumkan pada 17 Oktober nanti.