Lawatan pertama Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Malaysia dijangka akan mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-China.

Menurut laporan Xinhua News Agency, ini juga akan mendorong perkongsian strategik yang komprehensif ke tahap yang tinggi.

Li akan berada di Malaysia bagi lawatan rasminya selama empat hari bermula Jumaat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China Hong Lei, lawatan rasmi beliau adalah atas jemputan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hong berkata Li Keqiang akan mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Malaysia.

Perbincangan ini akan memberi fokus kepada hubungan dua hala dan isu-isu kebimbangan bersama.

Tahun depan merupakan ulang tahun penubuhan hubungan dialog China-ASEAN yang ke-25.

China mengharapkan mesyuarat di Kuala Lumpur akan menunjukkan pelan masa depan bagi hubungan dua hala.

China juga mengharapkan pembinaan Maritime Silk Road dipercepatkan dan kerjasama dibawah rangka 2+7 diperkukuhkan.

Rangka 2+7 yang dicadangkan oleh Li Keqiang berfungsi sebagai momentum bagi kerjasama China-ASEAN.