Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat 3.2 peratus kepada 118.2 pada Januari 2017 daripada 114.5 pada bulan yang sama 2016, menurut Jabatan Perangkaan hari ini.
IHP digunakan untuk mengukur kadar inflasi.
Peningkatan itu adalah susulan daripada kenaikan empat peratus bagi indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol, sekali gus menyumbang 30.2 peratus kepada wajaran IHP.
Antara kumpulan utama lain yang mencatatkan peningkatan ialah pengangkutan (+8.3 peratus), perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (+3.2 peratus), kesihatan (+2.5 peratus), restoran dan hotel (+2.1 peratus), pendidikan (+2.0 peratus) serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+1.9 peratus).
Indeks kumpulan pengangkutan meningkat 8.3 peratus pada asas tahun ke tahun bagi Januari 2017, setelah turun 0.6 peratus dan 1.5 peratus masing-masing pada Disember 2016 dan November 2016.
Pada tempoh yang dinilai, harga purata satu liter petrol RON95 adalah RM2.10 pada Januari 2017 berbanding RM1.85 pada Januari 2016.
Harga purata petrol RON97 pula meningkat kepada RM2.40 pada Januari 2017 daripada RM2.25 pada Januari 2016.
Sementara itu, kumpulan komunikasi susut 0.2 peratus di samping pakaian dan kasut menurun 0.7 peratus pada Januari 2017 berbanding Januari 2016.
Berdasarkan pelarasan musim, IHP bagi Januari 2017 meningkat 1.1 peratus berbanding pada Disember 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2017
Harga purata petrol RON97 pula meningkat kepada RM2.40 pada Januari 2017 daripada RM2.25 pada Januari 2016. Gambar hiasan
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks Harga Pengguna rekod peningkatan perlahan 1.5 peratus
Indeks Harga Pengguna (IHP) terus merekod peningkatan pada kadar perlahan 1.5 peratus pada November 2023 dengan mata indeks mencatatkan 130.9 berbanding 129.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Inflasi April perlahan pada 3.3 peratus
Kenaikan inflasi di Malaysia kekal didorong Restoran dan Hotel (6.6 peratus) dan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (6.3 peratus).
Harga makanan siap dimasak catat penurunan pada Feb, harga sayur meningkat - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan harga makanan siap dimasak di kedai atau restoran telah mencatatkan penurunan bagi bulan Februari tahun ini.
Inflasi Malaysia kekal 3.7 peratus pada Feb 2023 - Perangkaan
Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi bulan Februari 2023 kekal pada 129.8 atau 3.7 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS meskipun data IHP AS lemah
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.3570/3620 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.3455/3495.
IHP: Inflasi makanan meningkat 4.0 peratus - Ketua Perangkawan
Kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.
Pelbagai faktor pengaruhi kadar inflasi 2022, diunjur menyederhana sekitar 2.1-2.5%
IHP yang mengukur inflasi utama, mencatat peningkatan 3.3% kepada 124.0 pada November 2021, daripada 120.0 setahun lalu.
Indeks Harga Pengguna meningkat 2.9 peratus - Mohd Uzir
Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, peningkatan itu dipacu sektor pengangkutan yang tumbuh 11.3 peratus.
Inflasi kekal positif lima bulan berturut-turut, meningkat 3.4% pada Jun
Indeks Harga Pengguna (IHP) yang merupakan penanda aras kepada inflasi negara menunjukkan peningkatan 3.4% pada bulan Jun 2021