Penularan COVID-19 di China dan sekatan India ke atas import minyak sawit memberi impak yang kecil kepada Sime Darby Plantation Bhd (SDP), tetapi syarikat menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat sederhana pada tahun ini, kata Pengarah Urusannya Mohamad Helmy Othman Basha.
"Bagi Sime Darby Plantation, kami tidak menjual minyak sawit yang banyak ke China pada mulanya...pasaran kita sebahagian besarnya di rantau ini dan India, tetapi kami mempunyai satu penghantaran (ke China) pada Januari, tetapi itu adalah penghantaran terakhir.
"Kami tidak menghadapi sebarang masalah dengan penghantaran itu tetapi ternyata selepas itu saya dimaklumkan kami kurang melihat permintaan dari China, yang saya percaya telah memberi tekanan kepada harga MSM," katanya kepada pemberita pada pengumuman prestasi kewangan 2019 syarikat itu di sini pada Jumaat.
Mohamad Helmy berkata sehingga Januari 2020, harga MSM sebanyak RM2,700 satu tan tetapi kini ia merosot di bawah RM2,500 satu tan.
Menurut beliau, industri ini, sama ada di Malaysia atau Indonesia, dianggap bernasib baik berikutan pengeluaran MSM adalah rendah.
Pada Januari lepas, Lembaga Minyak Sawit Malaysia mengumumkan stok minyak sawit negara berjumlah 1.7 juta tan.
"Program B30 Indonesia turut mengurangkan impak ini (daripada permintaan yang rendah)," katanya, sambil menambah penularan virus itu telah memberi impak kepada seluruh industri.
Bagi India, katanya negara itu merupakan pasaran utama MSM dari Malaysia dan Indonesia.
"Bagaimanapun, apabila India memutuskan untuk tidak membeli dari Malaysia, dinamik berubah. India masih perlu menggunakan minyak sama ada MSM atau lain-lain, justeru jika mereka tidak membeli dari Malaysia, sumber lain yang hanya boleh didapati untuk mereka beli ialah dari Indonesia.
"Jika India kini mula membeli dari Indonesia, ini bermakna pelanggan sedia ada Indonesia akan mendapat kurang minyak berikutan daripada menghantar (minyak) ke negara lain, minyak dari Indonesia akan disalurkan ke India.
"Oleh itu, pelanggan lain perlu mendapatkan minyak dari negara lain dan ia adalah Malaysia. Begitulah caranya," katanya.
Beliau berkata MSM Indonesia sentiasa diniagakan pada harga diskaun berbanding MSM Malaysia tetapi permintaan yang diterima Malaysia akan menaikkan harga, menyebabkan jurang yang lebih kecil antara kedua-dua harga.
Pada tahap tertentu, tiada diskaun antara harga MSM Malaysia dan Indonesia.
Bagi SDP, katanya, syarikat bertuah berikutan ia mempunyai operasi di kedua-dua negara.
Ditanya mengenai jangkaan harga MSM pada tahun ini, Mohamad Helmy berkata syarikat akan berasa selesa jika harga MSM diniagakan antara paras RM2,500 dan RM2,600 satu tan.
Syarikat perladangan itu pada Jumaat melaporkan prestasi kewangannya bagi tahun berakhir 31 Dis, 2019, mencatatkan keuntungan bersih belum diaudit sebanyak RM122 juta daripada operasi yang dijalankan berbanding RM729 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Prestasi rendah pada tahun kewangan 2019 berikutan harga MSM dan isirung sawit yang rendah, serta pengeluaran tandan buah segar yang rendah.
Ini sebahagiannya diimbangi oleh kerugian bukan berulang, kos kewangan dan kredit cukai yang rendah yang dicatatkan pada tahun kewangan tersebut.
Operasi kumpulan itu yang dihentikan, terdiri daripada operasi di Liberia dan usaha sama dalam perniagaan oleokimia dan biomass, mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM322 juta sebahagian besarnya daripada susut nilai aset di Liberia.
Sehubungan itu, kumpulan tersebut mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM200 juta bagi tahun kewangan 2019 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM523 juta pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 28 2020
Bagi Sime Darby Plantation, syarikat itu bertuah berikutan ia mempunyai operasi di kedua-dua Malaysia dan Indonesia. - Gambar hiasan
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
'Tanah Besar China, Taiwan sedarah sedaging' - Presiden Xi
Tanah Besar China dan Taiwan sedarah sedaging dan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan harus ditangani dengan menjaga kepentingan keseluruhan dan memacu pembangunan untuk jangka masa panjang.