Kemajuan ekonomi negara adalah hasil kerja keras semua rakyat Malaysia dan pembangkang tidak harus dibenar mengetepikan pencapaian itu dengan mengatakan ia tidak wujud, kata Datuk Seri Najib Razak.
"Sebanyak 2.7 juta pekerjaan. Pertumbuhan purata sebanyak 5.4 peratus sejak 2010, yang ekonomi maju dunia hanya boleh harapkan," katanya.
Najib berkata, Pendapatan Negara Kasar meningkat lebih 50 peratus, yang merupakan peningkatan besar dalam kekayaan negara dan ini menjelaskan mengapa Tabung Kewangan Antarabangsa memuji negara ini yang berada dalam kedudukan baik untuk mencapai status berpendapatan tinggi.
"Ini adalah pencapaian semua rakyat Malaysia dan jangan biarkan sesiapa memberitahu anda sebaliknya.
"Jangan biarkan pembangkang mengetepikan pencapaian itu dengan mengatakan mereka tidak wujud atau membuat dakwaan liar bahawa negara di ambang bankrap," kata Najib dalam satu artikel bertajuk: "Pilihan Yang Betul untuk Menjadikan Malaysia Lebih Hebat," di sini, pada Isnin.
Perdana Menteri turut menyifatkan kalangan pembangkang hanya bersuara atas dasar mengkritik semata-mata tetapi tidak menawarkan sebarang penyelesaian dan hanya melontarkan janji yang mereka sendiri maklum tidak mungkin mampu dipenuhi.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sebagai contoh, pembangkang mendakwa mahu memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) namun sehingga kini belum menyatakan sebarang cadangan untuk menggantikan hasil RM43 bilion yang dikutip pada tahun lepas,
"Tindakan memperkenalkan GST itu adalah antara keputusan paling sukar yang saya ambil. Saya sedar ini akan membawa kepada kenaikan beberapa harga barangan dan perkhidmatan dan memberi kesukaran kepada segelintir rakyat Malaysia.
"Bagaimanapun hakikatnya, tanpa GST ekonomi akan menjadi terlalu bergantung kepada harga minyak.
"Ini merupakan sesuatu di luar kuasa kita dan sebarang kejatuhan harga minyak, sebagaimana yang pernah dilalui beberapa tahun lepas, boleh membawa kemelesetan dan menyebabkan rakyat sengsara.
"GST sebaliknya menjadikan kita bebas dan stabil dari segi fiskal. Walaupun mungkin wujud keperitan jangka pendek, saya beri jaminan bahawa manfaatnya adalah bersifat jangka panjang dan dirasai pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Perdana Menteri berkata, pada masa ini misalnya, pembangkang turut mengancam untuk membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
"Jika mereka membatalkan projek yang dijangka dapat mewujudkan 86,000 pekerjaan, bayangkan apa yang bakal terjadi kepada generasi muda di negeri-negeri terbabit?
"ECRL adalah contoh pelaburan besar yang telah diperjuangkan oleh kerajaan. Jika kita memutuskan untuk membatalkan ECRL, maka China juga boleh menghentikan pembelian minyak sawit dari Malaysia dan menjejaskan pekebun kecil Felda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 07 2018
Perdana Menteri turut menyifatkan kalangan pembangkang hanya bersuara atas dasar mengkritik semata-mata tetapi tidak menawarkan sebarang penyelesaian. - Gambar fail
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Akta Insolvensi (Pindaan) bantu keluar daripada kegelapan muflis
'Dasar peluang kedua' menyasarkan pelepasan hingga 130,000 individu bankrap, bertujuan memberi kehidupan lebih baik kepada kelompok berkenaan.
Peluang kedua individu bankrap, Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 berkuat kuasa esok
Penguatkuasaan Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 [A1695] akan dilaksanakan mulai esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Lebih 30,000 belia bawah 35 tahun bankrap - Ramkarpal
Seramai 31,140 belia berusia 35 tahun ke bawah telah didaftarkan sebagai bankrap sejak 2014 hingga Mei 2023 berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).
264,127 kes bankrap diteliti Jabatan Insolvensi untuk pelepasan, peluang kedua - Azalina
Sebanyak 264,127 kes bankrap sedang diteliti Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) untuk tujuan pelepasan.
Parkson Vietnam fail kebankrapan sukarela
Parkson Holdings berkata Parkson Vietnam mempunyai sejarah beroperasi dalam kerugian.
Norjuma diisytihar bankrap, waran tangkap diteruskan
Mahkamah Tinggi mengisytiharkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed bankrap selepas gagal melunaskan hutang RM260,400 kepada Syarikat Fame Up Entertainment.
PRU15: Jamal belum diisytihar bankrap, masih boleh jadi calon - Peguam
Peguamnya berkata, anak guamnya boleh mengemukakan borang pencalonan tanpa sebarang masalah dan beliau layak menjadi calon.
Trend muflis menurun, tindakan bankrap jalan terakhir institusi kewangan - Gabenor
Trend penurunan ini adalah dari tujuh institusi kewangan domestik yang mencakupi 71 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan.
Revlon fail bankrap susulan isu gangguan rantaian bekalan, inflasi
Gangguan rantaian bekalan telah menyebabkan persaingan sengit untuk bahan-bahan yang digunakan dalam kosmetiknya.
Sekutu Jho Low, Eric Tan diisytihar bankrap gagal lunas cukai pendapatan RM68 Juta
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan Eric Tan Kim Loong yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, bankrap.