Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini, dengan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

BNM menganggarkan mudah tunai hari ini sebanyak RM34.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM12.68 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan lima tender merangkumi tender lelongan matang pelbagai RM8 bilion bagi dua hingga 34 hari; tender repo RM100 juta bagi 34 hari; tender lelongan matang pelbagai Islam RM2.52 bilion bagi tujuh hingga 30 hari dan tender Komoditi Murabahah RM100 juta bagi 30 hari.

Selain itu, ia juga akan mengendalikan Bil Antara Bank Bank Negara RM1 bilion bagi 32 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM26.9 bilion dan tender Qard semalaman bagi RM10.1 bilion. -- Bernama