Dakwaan kerugian AS$39.6 bilion (US$1= RM4.07) antara 2013 dan 2015 sebenarnya adalah jumlah yang mencerminkan penurunan dalam rizab antarabangsa akibat aliran keluar dana asing dan bukan kerugian disebabkan dagangan pertukaran wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, ini bertentangan dengan tuduhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu siaran video di laman web video popular.
"Aliran keluar ini disebabkan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global yang lemah, jangkaan dasar normalisasi monetari Amerika Syarikat dan penurunan mendadak harga minyak global," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, semua faktor luaran ini telah mendorong pelabur asing untuk mencairkan pelaburan mereka di pasaran saham dan bon Malaysia, yang membawa kepada permintaan yang lebih besar terhadap dolar AS berbanding ringgit apabila pelabur asing menukarkan dana sedemikian ke dalam dolar AS dan menghantar semula jumlah yang sama ke negara masing-masing.
"Sepanjang tempoh ini, BNM menyediakan kecairan dolar AS kepada pelabur asing sebagai pertukaran kepada ringgit dan ini tentunya berbeza dengan aktiviti perdagangan pertukaran wang asing yang dilakukan pada awal 1990-an," katanya.
Beliau berkata, dalam tempoh ini, aliran keluar modal bukan sahaja unik kepada Malaysia tetapi juga menjejaskan pasaran baru muncul seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, India, China, Korea Selatan, dan Taiwan.
Sambil memuji sistem pengurusan rizab semasa oleh BNM, Johari berkata, pada pandangannya, ia telah berjalan dengan baik dan pasaran kewangan teratur dan stabil walaupun aliran keluar modal yang besar.
"Berikutan asas ekonomi kita yang kukuh, penurunan rizab dalam tempoh 2013-2015 tidak memberi kesan penting terhadap fungsi ekonomi Malaysia serta kedudukan kewangan bank pusat," katanya.
Johari berkata, BNM sebenarnya terus mencatat keuntungan bersih yang sihat sepanjang tempoh itu, tidak seperti pada 1993 apabila kerugian operasi bersih dicatatkan disebabkan aktiviti perdagangan pertukaran wang asing spekulatif.
"Saya perlu menekankan bahawa rizab antarabangsa kekal sebagai penampan penting terhadap kejutan luar dan penting dalam mengekalkan persekitaran operasi yang stabil dalam ekonomi domestik. Sejak itu, rizab antarabangsa Malaysia telah meningkat," katanya.
Beliau berkata, pada akhir November 2017, rizab antarabangsa negara berjumlah AS$101.9 bilion dan mencukupi untuk menyokong 7.5 bulan import tertangguh.
"Jumlah rizab semasa adalah lima kali lebih besar daripada US$21.7 bilion yang dicatatkan pada 1997 yang hanya boleh menyokong 3.4 bulan import tertangguh," katanya.
Johari juga mengutuk sindiran yang dibuat dalam video tersebut bahawa BNM telah lalai dalam menguruskan rizab antarabangsa semasa tempoh 2013-2015, menggambarkannya sebagai bukan sahaja melulu tetapi juga cubaan untuk melemahkan mandat institusinya untuk menjaga kestabilan ekonomi dan kewangan negara dengan mewujudkan keraguan dan salah tanggapan di kalangan masyarakat umum.
Muslihat seperti itu berpotensi untuk terus memecah-belahkan kita,. Demi kepentingan semua rakyat Malaysia, adalah lebih baik kita bekerjasama untuk menghasilkan ekonomi yang mantap dan mampan bagi kepentingan generasi masa depan kita," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2017
Johari mengutuk sindiran yang dibuat dalam video tersebut bahawa BNM telah lalai dalam menguruskan rizab antarabangsa semasa tempoh 2013-2015.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.