KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas General Bhd. (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd. melancarkan kempen ‘Nak Emas?’ sebagai usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat mengambil perlindungan patuh syariah bagi melindungi diri, harta benda dan keluarga.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Eddy Azly Abidin berkata, syarikat bukan sahaja menekankan nilai murni membantu peserta di saat mereka ditimpa musibah, malah membantu untuk melabur dan menyimpan emas bagi keperluan masa hadapan.

“Kami berharap orang ramai akan merebut peluang ini kerana lebih banyak penyertaan… lebih besar peluang untuk mereka memenangi hadiah emas ditawarkan.

“Kempen ini menawarkan hadiah emas 10 gram untuk 12 pemenang tempat pertama, lima gram emas untuk 20 pemenang tempat kedua dan satu gram emas untuk 300 pemenang tempat ketiga.

“Hadiah yang ditawarkan ini merupakan akaun emas dan para pemenang akan dipilih melalui cabutan rezeki emas secara bulanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin.

Kempen ‘Nak Emas?’ ini bermula dari 1 September lalu sehingga 31 Disember ini.

Kempen ini turut menawarkan manfaat percuma kepada peserta iaitu IKHLAS Waqf & Endowment (IWE) berjumlah RM1,000 atas nama peserta yang akan disalurkan kepada institusi diiktiraf yang dipilih oleh Takaful IKHLAS.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini,  layari laman web rasmi Takaful IKHLAS di www.takaful-ikhlas.com.my dan ejen berdaftar serta cawangan-cawangan Takaful IKHLAS yang berdekatan.