Pengawal selia undang-undang anti-trust Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda sebanyak 2.42 billion Euro (RM 11.6 billion) ke atas Google di bawah syarikat Alphabet selepas mendakwa syarikat itu mengutamakan perkhidmatan membeli belahnya sendiri.

Ini merupakan denda terbesar dalam sejarah EU ke atas sebuah syarikat dalam kes berkaitan hilang kepercayaan.

Suruhanjaya Eropah berkata syarikat enjin carian Internet yang paling popular di dunia itu telah diarah untuk berhenti memihak kepada perkhidmatan membeli-belah sendiri.

Google kini mempunyai 90 hari untuk memperbaiki situasi tersebut atau bakal berdepan penalti lebih tinggi sehari iaitu sehingga lima peratus daripada purata perolehan global harian Alphabet.


Sementara itu, Google berkata, ia "dengan hormatnya" tidak setuju terhadap keputusan EU itu yang dibuat selepas siasatan selama tujuh tahun.


Google juga sedang mempertimbangkan rayuan terhadap denda itu.

Perolehan global Alphabet dilaporkan sebanyak 14 juta dollar Amerika (RM60 juta) sehari.