Khazanah Nasional Bhd, yang mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai kepada RM1.56 bilion pada 2016, naik 32 peratus berbanding RM1.18 bilion pada 2015, mengumumkan dividen sebanyak RM650 juta.

Bagaimanapun, portfolio nilai aset boleh direalisasi susut sebanyak 3.4 peratus kepada RM145.1 bilion setakat 31 Dis, 2016 daripada RM150.2 bilion tahun lepas, kata Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar hari ini.

Cabang pelaburan kerajaan itu membuat pelaburan berjumlah RM6.9 bilion pada 2016, dengan tumpuan terhadap inovasi dan teknologi serta keuntungan jualan sebanyak RM2.6 bilion tahun lepas.

Pada sidang akhbar hari ini, beliau berkata persekitaran pasaran dan perniagaan global yang tidak menentu serta kompleks dijangka berterusan pada 2017. -- Bernama