Berita  | Bisnes

KL-Jakarta tubuh unit komunikasi khas bantu usahawan

KL-Jakarta tubuh unit komunikasi khas bantu usahawan
Kedua-dua pemimpin turut mempertimbang cadangan membuka aplikasi Whatsapp kumpulan, bagi memastikan isu-isu berkaitan diselesaikan segera, tanpa birokrasi. - Foto Astro AWANI/Andy Reza
JAKARTA: Malaysia dan Indonesia akan menubuhkan satu unit komunikasi khas dalam masa terdekat, khusus untuk membantu usahawan dan pelabur di kedua-dua negara.

Perkara itu dipersetujui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking dengan Menteri Yang Bertanggung Terhadap Isu Pelaburan Dan Perniagaan Malaysia Di Indonesia, Eko Putro Sandjojo, pada mesyuarat bersama, di sini hari ini.
“Penubuhan unit komunikasi itu membolehkan pemain industri kedua-dua negara berkongsi pandangan dan menyuarakan masalah berkaitan perdagangan dan pelaburan, terus kepada pihak kementerian,” ujar Eko selepas mesyuarat bersama Darell, di Jakarta.


Kedua-dua pemimpin turut mempertimbang cadangan membuka aplikasi Whatsapp kumpulan, bagi memastikan isu-isu berkaitan diselesaikan segera, tanpa birokrasi.

Ini penting, kerana Malaysia merupakan rakan dagang kelapan terbesar di Indonesia di peringkat global, dengan pelaburan berjumlah AS$1.21 bilion.

Manakala Indonesia pula, rakan dagang ketujuh terbesar kepada Malaysia di peringkat global, dan ketiga terbesar dalam kalangan negara ASEAN, dengan nilai pelaburan RM72.63 bilion.

Ini merupakan hari kedua lawatan rasmi tiga hari darell ke Jakarta, Indonesia.