SEBUAH konsortium yang dianggotai Repsol dan syarikat milik negara, Petronas berjaya menemui sumber gas baharu di Indonesia yang dianggarkan pada 2 trilion kaki kubik.

Penemuan di blok Sakakemang Selatan Sumatera itu merupakan penemuan terbesar di dunia dalam tempoh 12 bulan dan terbesar bagi Indonesia dalam tempoh 18 tahun, kata Repsol.

Repsol dijangka akan menggali telaga baharu di kawasan berkenaan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Firma berpangkalan di Madrid itu memegang 45 peratus, Petronas 45 peratus manakala MOECO dari Jepun memegang 10 peratus kepentingan dalam consortium tersebut.

Penemuan itu juga bersamaan 350 juta tong minyak.

Sebelum penemuan tersebut, Repsol mempunyai rizab gas bersamaan sekitar 1.7 bilion tong minyak.