Kumpulan TH Properties pada Khamis menyerahkan Masjid Bandar Enstek kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan untuk kegunaan umat Islam sebagai pusat ibadah, pendidikan dan pengembangan syiar Islam.
Pengarah Urusan Kumpulan TH Properties Datuk Roszali Othman menyerahkan masjid itu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, dengan disaksikan Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Aminuddin berkata pembinaan masjid itu merupakan projek tanggungjawab sosial korporat THP Enstek Development Sdn Bhd iaitu anak syarikat TH Properties yang dibina dengan kos lebih RM4.5 juta.
"Sejumlah RM1 juta daripada kos itu dibiayai oleh penduduk setempat melalui inisiatif Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Bandar Enstek di samping tambahan sumbangan RM500,000 lagi untuk peralatan dan perkakas masjid.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan TH Properties dan penduduk Bandar Enstek kerana kejayaan pembinaan masjid yang indah ini, yang merupakan keberhasilan penyatuan komitmen yang utuh di antara Kumpulan TH Properties dengan penduduk setempat," katanya pada majlis Penyerahan dan Pengisytiharan Masjid Bandar Enstek di sini, pada Khamis.
Aminuddin berkata kewujudan masjid ini bakal membuka ruang untuk mengeratkan silaturrahim, menyemarakkan semangat kejiranan serta menjadi medan untuk menerap dan memperkukuhkan aspek perpaduan.
"Saya berharap agar masjid ini dapat berfungsi dengan berkesan selaras dengan kehendak dan tuntutan agama dengan menjadikannya sebagai salah satu pusat pembangunan umat terbaik," katanya.
Pada majlis itu juga, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad turut mengisytiharkan bangunan masjid baharu itu sebagai masjid Bandar Enstek.
Masjid Bandar Enstek yang berkeluasan 2.62 ekar ini dilengkapi dengan ruang solat yang boleh memuatkan 1,000 jemaah serta 85 tempat letak kereta dan 74 tempat motosikal disediakan. Turut disediakan bilik imam, bilik mesyuarat dan bilik jenazah.
Terdahulu, kumpulan TH Properties turut membangunkan Pusat Komuniti Islam Bandar Enstek yang terdiri daripada dewan pelbagai guna bersebelahan masjid ini di mana kini digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan, riadah, pembelajaran kelas agama dan fardhu ain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2019
Aminuddin menandatangani plak sempena Majlis Penyerahan Masjid Bandar Enstek kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan di Nilai, 2 Mei, 2019. Turut hadir Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Mohd Zaidi Ramli (kiri). --fotoBERNAMA
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
Sindiket curi elektrik tumpas, mesin lombong bitcoin 1.6 juta dirampas
Operasi pada jam 1 tengah hari itu berjaya menahan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara China berusia dalam lingkungan 30 tahun.
Dutch Lady jual tanah kilang di Petaling Jaya
Ejen hartanah bebas telah dilantik untuk mendapatkan tawaran daripada pasaran terbuka.
Kuarantin: Duta serta 54 individu tiba dari Iran dibenarkan pulang hari ini
Proses kuarantin bagi 55 individu terdiri daripada warga Malaysia dan tanggungan serta bukan warganegara yang tiba di tanah air dari Iran, pada 22 Mac, tamat hari ini.
79 individu dari Iran ditempatkan di pusat pemantauan
Jumlah berkenaan adalah meliputi 46 rakyat Malaysia serta lapan rakyat Singapura dan seorang (Indonesia) serta 24 petugas Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) berkenaan.
Koronavirus: Terperangkap di Wuhan satu pengalaman pahit - Pelajar Malaysia
Balachandar Subramaniam, pelajar Malaysia yang selamat tiba di tanah air bersama isteri dan duanya selepas terkandas di wilayah Hubei akibat perintah berkurung keluar dari bandar Wuhan, China.
Kumpulan TH Properties serah Masjid Bandar Enstek kepada kerajaan negeri
Aminuddin berkata pembinaan masjid itu merupakan projek tanggungjawab sosial korporat THP Enstek Development Sdn Bhd iaitu anak syarikat TH Properties yang dibina dengan kos lebih RM4.5 juta.