Firma penarafan Fitch Ratings telah mengambil kira pengurangan satu mata peratusan dalam perbelanjaan kerajaan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui unjuran fiskal terhadap Malaysia menjelang 2015.

Justeru itu, Fitch Ratings berkata langkah mengurangkan subsidi minyak adalah konsisten dengan unjuran firma itu dan ia mengekalkan unjuran kredit neutral.

Menurut Fitch, jika lebih banyak langkah membaiki kedudukan fiskal negara diambil dalam jangka panjang, agensi penarafan berkenaan akan menyemak kembali penarafan hutang negara kepada stabil.

Firma itu pada Julai menyemak turun unjuran penarafan hutang kerajaan dari stabil kepada negatif.

Menurut Fitch lagi, pengumuman potongan subsidi itu juga dilihat sebagai responsif terhadap ketidaktentuan global yang di bayangi oleh kegusaran pengurangan langkah rangsangan oleh The Fed.

Klik pada video untuk berita sepenuhnya.