Pasaran masih boleh mengharapkan dividen yang baik oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk 2018, berdasarkan suasana peningkatan dalam kadar faedah pada masa ini.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata peningkatan kadar faedah berlaku ketika pertumbuhan ekonomi global dijangka melonjak dan ini memberikan keyakinan kepada pasaran bahawa perolehan syarikat akan terus baik tahun ini.
"Ia sangat bergantung kepada keadaan pasaran semasa. Buat masa ini, pasaran saham global mengalami pembetulan yang besar dan perolehan bon di AS juga meningkat disebabkan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS, yang dijangka berlaku lebih dari tiga kali tahun ini," katanya kepada Bernama.
BACA: Dividen KWSP: Kenapa dividen Syariah lebih rendah?
Baru-baru ini, saham Asia mengalami kejatuhan, sementara dana ekuiti mencatatkan aliran keluar selepas pasaran saham AS jatuh sehingga tahap pembetulan, kerana sentimen dibebani kebimbangan terhadap inflasi yang meningkat dan kadar faedah lebih tinggi.
Bersandarkan data agregat sementara di tujuh pasaran saham Asia dipantau MIDF Amanah Investment Bank Bhd, pelabur asing menarik keluar US$7 bilion (US$1=RM3.93) dana minggu lalu, hampir empat kali jumlah dilupuskan minggu sebelumnya, menandakan minggu kedua aliran keluar bersih.
BACA: Ini sebab kenapa dividen KWSP tertinggi sejak 1997
"Walaupun keuntungan di FBM KLCI pada minggu sebelumnya berkurangan, pasaran FBM KLCI mengalami kerugian ketiga paling kecil iaitu 2.71 peratus, di belakang Jakarta dan Thailand, menunjukkan semua indeks mengalami kerugian mingguan yang besar," katanya dalam laporan pergerakan dananya, hari ini.
Pada 10 Feb lalu, KWSP mengumumkan pembayaran dividend paling tinggi sejak 1997 - 6.9 peratus untuk simpanan konvensional dan 6.4 peratus untuk simpanan Shariah, dengan pembayaran masing-masing berjumlah RM44.5 bilion dan RM3.98 bilion.
Semalam, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, berkata EPF mampu mencapai aras keseimbangan bagi pulangan dalam akaun Shariah serta konvensional pada masanya dan dengan adanya lebih banyak instrumen pelaburan patuh Shariah.
Mohd Afzanizam berkata, ia mungkin menjadi hala tuju jangka panjang, terutama dalam hal berkaitan strategi pelaburan yang sesuai dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus, pada pandangannya, bersebati baik dengan prinsip shariah.
Sementara itu, KWSP mensasarkan untuk mengembangkan portfolio aset globalnya kepada 32 peratus pada 2018 daripada 28 peratus tahun lalu dengan meninjau pasaran Amerika Latin untuk meningkatkan kehadirannya dan memberikan pulangan lebih baik kepada pencarum.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata langkah itu adalah bagi mengatasi kesan pulangan yang rendah daripada pasaran ekuiti tempatan.
Mohd Afzanizam berkata, kepelbagaian portfolio sentiasa menjadi strategi KWSP kerana ia membolehkan dana KWSP memperoleh pulangan lebih tinggi dan pada masa sama memberikan tahap risiko yang munasabah terhadap portfolionya.
"Cabaran utama bagi mana-mana dana adalah kelas aset cenderung bergerak pada arah sama, menjadikan kepelbagaian sebagai tugas semakin mencabar.
"Bagaimanapun, dengan ketekunan, proses pelaburan yang mantap dan kompeten serta pengurus yang profesional, KWSP mampu memperoleh pulangan pelaburan yang baik," katanya.
Setakat tahun lalu, KWSP hadir di 30 pasaran, terutama di negara maju, Asia Utara dan ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2018
KWSP mensasarkan untuk mengembangkan portfolio aset globalnya kepada 32 peratus pada 2018 daripada 28 peratus tahun lalu.
Klopp terima kenyataan kurang ancaman punca Liverpool tewas
Mohamed Salah kurang menunjukkan prestasi terbaiknya sejak kembali dari kecederaan hamstring.
Niaga AWANI: Sinergi diperlukan bagi merealisasikan aspirasi mampan negara
Kenyataan itu juga mengatakan bahawa RHB telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah operasi neutral karbon, mencapai pengurangan 43 peratus dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG) operasi berbanding garis dasar 2016, merangkumi Skop 1, 2, dan 3 (Perjalanan Perniagaan melalui Jalan dan Udara.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Pagi: Raya Oh Raya: Alamak! Poket dah "kering" ni
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Dr Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Pengurus, Perhubungan Korporat Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) mengenai pengurusan kewangan selepas berdepan perbelanjaan yang banyak dimulai sesi sekolah dibuka diikuti puasa dan hari raya. Ini termasuk bagaimana pengurusan yang baik boleh membantu membawa keluar keluar daripada pergelutan kewangan sementara menunggu gaji bulan seterusnya.
Niaga AWANI: RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan kepada RM50 bilion menjelang 2026
Menjelang 2030, RHB menyasarkan untuk mencapai pengurangan 20 peratus dalam sektor ini. Menjelang 2050, matlamat RHB adalah untuk mencapai pengurangan sehingga 96 peratus dalam pelepasan yang dibiayai merentas lima sektor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Reformasi Ekonomi: Antara subsidi, mekanisme & kesejahteraan rakyat
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib mengulas berkenaan usaha rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan kerajaan, serta impak kepada reformasi ekonomi ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan kententeraan lanjut
Seorang komander Pengawal Revolusi Iran berkata, Iran boleh mengkaji semula "doktrin nuklear" berikutan ancaman Israel.
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Rusia komited kepada ASEAN, tawarkan kepakaran dalam keterjaminan makanan
Rusia mengulangi komitmennya untuk memupuk hubungan yang berpanjangan dengan ASEAN, menjadikannya satu keutamaan utama dalam Konsep Dasar Luar Negaranya.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Anwar tarik pelabur Australia, ASEAN, kongsi persekitaran kondusif Malaysia
Anwar menegaskan kepentingan kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Nilai ringgit menyusut bukan isu kepada pelabur - PM Anwar
Malah jelasnya, mereka memandang kepada isu-isu berkaitan asas ekonomi lain seperti inflasi, pasaran saham dan pengangguran.