Lebih 800 stesen minyak Shell Malaysia di seluruh negara kembali beroperasi seperti biasa pagi ini, manakala bakinya hanya menerima urus niaga tunai.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata usaha-usaha diteruskan untuk menyelesaikan masalah teknikal di stesen berkenaan.

Semalam, Shell Malaysia memaklumkan hampir semua stesen minyaknya berdepan masalah teknikal dalam urus niaga kad kredit.

Bagaimanapun, syarikat berkata urus niaga tunai diterima. -- Bernama