Airbus mendapat kontrak terbesarnya bernilai $24 bilion (RM 75.16 bilion) hasil perjanjian penjualan pesawat kepada Lion Air, milik Indonesia.

Lion Air bakal mendapatkan sejumlah 234 pesawat daripada syarikat berkenaan.

Perjanjian itu ditanda tangani ketua pegawai eksekutif kedua-dua dalam satu majlis di Istana presiden di Paris.

Presiden Francois Hollande menganggap ia satu perjanjian yang bakal membantu memulihkan prestasi ekonomi Perancis.

Ujarnya, perjanjian itu bakal mewujudkan peluang pekerjaan bukan sahaja kepada Toulouse tetapi juga kepada Eropah.

Menurut Airbus, pembinaan pesawat itu akan dibuat di Perancis dan melibat 5,000 pekerja.

Di bawah perjanjian itu, Lion Air menempah 169 buah A320 dan 65 buah A321 dengan pesawat pertama akan dihantar pada 2014.

Lion Air sebelum ini juga memberikan Boeing kontrak terbesar dengan pembelian 230 daripada syarikat berpangkalan di Chicago itu.

Lion Air merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang menguasai 45 peratus pasaran di Indonesia.