Malaysia Airlines menjangkakan dapat mencatat prestasi kewangan lebih baik pada penghujung tahun ini selain terus berusaha gigih untuk mengekalkan pertumbuhannya pada 2019.
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Group (MAG), Izham Ismail berkata syarikat penerbangan nasional itu turut bersiap sedia bagi mengharungi tahun mendatang yang mencabar dari segi persaingan dan kadar tukaran asing yang tidak menentu.
Kenaikan harga minyak turut menjadi tumpuan kerana meningkat hampir 100 peratus berbanding awal 2016, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Bagi kemajuan masa depan, kami akan terus berusaha menjana pulangan dengan memberi tumpuan terhadap segmen premium bagi menampung kesan kenaikan kos,” katanya.
Syarikat penerbangan itu dimiliki dan diuruskan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB) sejak September 2015.
MAB merekodkan peningkatan hasil daripada penumpang sebanyak 6.6 peratus pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2018 (Q12018) kepada 22.6 sen berbanding 21.2 sen pada suku pertama 2017.
Pencapaian itu dapat dicatatkan biarpun berdepan persaingan sengit di peringkat antarabangsa mahu pun domestik.
Selain itu, perolehan tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (RASK) turut mencatat pertumbuhan sihat sebanyak 3.5 peratus bagi tahun ke tahun manakala jumlah perolehan juga berkembang sebanyak 2.0 peratus bagi tahun ke tahun.
“Prestasi kita pada suku pertama adalah seiring dengan sasaran ditetapkan manakala tumpuan terhadap pulangan yang bermula pada separuh kedua tahun sebelumnya, terus membuahkan hasil dengan peningkatan keseluruhan dari segi pulangan dan RASK.
“Saya amat gembira dengan perkembangan yang menggalakkan pada suku pertama 2018, terutamanya selepas tahun kewangan 2017 yang mencabar dan menyaksikan prestasi syarikat tidak seiring dengan bajet,” katanya.
Beliau juga berkata, prestasi tahun lepas terjejas oleh perubahan kadar pertukaran yang menyaksikan penyusutan nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar US (USD).
"Memandangkan lebih 50 peratus daripada struktur kos kami dalam USD, susut nilai itu memberi impak besar kepada prestasi kewangan keseluruhan syarikat.
"Bagaimanapun, berdasarkan agregat, syarikat itu telah membuat kemajuan dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Malaysia Airlines (MRP). Ini termasuk asas kos yang lebih baik untuk syarikat penerbangan itu, membawanya selaras dengan syarikat penerbangan lain," katanya.
Suku tersebut menyaksikan Malaysia Airlines menggantikan operasi pesawat A380 dengan A350-900 bagi laluan London.
Kumpulan pesawat Malaysia Airlines juga telah mengalami transformasi sejak permulaan MRP, sejajar dengan tumpuan utama syarikat penerbangan itu di Asia Pasifik.
Walaupun B737-800s terus menyediakan kesambungan domestik dan serantau, teknologi badan lebar kini telah diperkemas dan disandarkan kepada model A350-900 dan A330 yang lebih mudah, sesuai dengan operasi berjadual.
A380 akan digunakan untuk urusan haji dan umrah dan diguna semasa tempoh permintaan puncak dan tinggi.
Sebanyak 43 inisiatif bahan bakar, dengan penjimatan sasaran ditetapkan pada RM220 juta, telah dicatat pada suku ini dan akan diteruskan untuk 2018.
Dalam persekitaran peningkatan harga minyak ketika ini, MAB berkata, ia akan memanfaatkan teknologi dan digitisasi untuk mengurangkan kesan kemeruapan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 08 2018
Izham berkata, prestasi tahun lepas terjejas oleh perubahan kadar pertukaran yang menyaksikan penyusutan nilai Ringgit Malaysia berbanding dolar US. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Ringgit dijangka cecah 4.11 berbanding dolar AS menjelang akhir 2023 - Kenanga
Kenanga Research mengunjurkan ringgit diniagakan pada paras 4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini daripada paras lebih 4.40 pada masa ini.
Harga minyak merosot ekoran kebimbangan ke atas permintaan
Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent didagangkan pada AS$82.16 setong pada 09.24 pagi waktu tempatan.
Ringgit secara relatif stabil berbanding mata wang rakan dagang utama - BNM
Ringgit secara relatif kekal stabil jika dibandingkan dengan mata wang rakan dagang utama Malaysia.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0405/0445 ketika ditutup pada urus niaga Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang negara Asia sedang pesat membangun susulan peningkatan harga minyak mentah dan penurunan mata wang AS.
Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.
Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada pembukaan
Mata wang tempatan diniagakan tinggi 120 mata asas (bps) kepada 4.0430/0480 berbanding dolar AS.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak mentah dan kelemahan dolar AS.
Ringgit mengukuh pada dagangan pertama 2021
Pada 6 petang Isnin, Ringgit meningkat kepada 4.0040/4.0090 berbanding Dolar Amerika.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini yang menunjukkan bukti kukuh bahawa ia memberikan panduan kepada prestasi untuk tahun ini.