Malaysia Airlines akan menawarkan semula penerbangan terus bagi laluan Kuala Lumpur-Brisbane, Australia berkuat kuasa 6 Jun, 2018.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata perkhidmatan dengan kekerapan empat kali seminggu iaitu pada setiap Isnin, Rabu, Khamis dan Sabtu tersebut akan menggunakan pesawat A330-3000 selain menawarkan sehingga 290 tempat duduk.
MAS berkata, MH134 akan berlepas dari Kuala Lumpur pada 9.50 pagi dan tiba di Brisbane pada 7.55 malam hari yang sama, manakala penerbangan balik, MH134 akan berlepas dari Brisbane pada 11.20 malam dan tiba di Kuala Lumpur pada 5.50 pagi keesokan harinya.
Ketua Pegawai Eksekutif, Izham Ismail berkata, Malaysia Airlines perlu memberi maklum balas secara pantas kepada permintaan pasaran menerusi pembukaan semula laluan ke Brisbane memandangkan lokasinya yang strategik, selain berhampiran dengan banyak destinasi menarik Queensland.
"Langkah ini akan melancarkan pelan pertumbuhan kami, dengan menumpukan perniagaan utama dan bandar-bandar pelancongan.
"Malaysia Airlines telah mempunyai operasi sekian lama di Queensland sejak pemulaan operasi kami ke Brisbane pada 31 Okt, 1990. Kami gembira untuk kembali ke Brisbane, menawarkan hubungan yang sesuai kepada rangkaian global Malaysia Airlines," katanya.
Sementara itu, Menteri Inovasi, Pembangunan Industri Pelancongan dan Sukan Komanwel Queensland, Kate Jones menyifatkan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan global terkemuka, manakala Kuala Lumpur merupakan hab antarabangsa yang berkembang maju.
"Ini bermakna pintu masuk baharu dibuka kepada beribu-ribu pengembara untuk tiba di Queensland dan menyaksikan 'Great Barrier Reef', hutan hujan kami yang diiktiraf sebagai warisan dunia, pantai dan kawasan pedalaman kami yang menarik," katanya.
Operasi Malaysia Airlines antara Kuala Lumpur dan Australia meliputi Sydney (dua kali sehari), Melbourne (dua kali sehari), Perth (setiap hari) dan Adelaide (empat kali seminggu).
Tiket ke Brisbane akan dijual mulai 9 Jan, 2018 di laman web Malaysia Airlines www.malaysiaairlines.com.
Sempena pembukaan semula laluan itu, Malaysia Airlines akan memulakan Kempen Tahun Baru bermula hari ini dengan promosi tambang pergi-balik termasuk semua bagi kelas ekonomi ke Brisbane serendah RM2,009, Seoul mulai RM1,259, Tokyo daripada RM1,419, Auckland serendah RM2,239 dan destinasi lain.
Tiket itu bagi tempoh perjalanan dari 16 Jan, 2018 hingga 31, Mei 2018, kecuali destinasi Brisbane iaitu mulai 6 Jun, 2018 hingga 31 Okt, 2018.
Promosi itu akan berakhir 14 Januari ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2018
Izham berkata, langkah ini akan melancarkan pelan pertumbuhan MAS, dengan menumpukan pada perniagaan utama dan bandar-bandar pelancongan. - Gambar fail
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter
Ikuti perkembangan terkini bersama wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud, langsung dari Ipoh, Perak untuk upacara penghormatan terakhir dan pengebumian 10 wira negara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan udara TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.