Pandemik COVID-19, yang menyebabkan gangguan utama kepada rantaian bekalan global, telah mengheret Malaysia untuk mencatatkan defisit dagangan sebanyak RM3.5 bilion pada April 2020 selepas mencatatkan lebihan dagangan selama 269 bulan berturut-turut, berikutan penurunan eksport yang lebih besar berbanding import.
Kali terakhir Malaysia mencatatkan defisit dagangan adalah pada Oktober 1997 sebanyak RM151.3 juta.
Pada bulan yang dikaji itu, eksport Malaysia susut 23.8 peratus kepada RM64.92 bilion manakala import turun 8.0 peratus kepada RM68.42 bilion, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi laporan Perangkaan Perdagangan Luar Malaysia yang dikeluarkan hari ini.
MITI berkata pada April 2020, perdagangan Malaysia bernilai RM133.34 bilion, menyusut 16.4 peratus berbanding April 2019, disebabkan pandemik COVID-19 dengan perdagangan lebih rendah direkodkan terutama dengan Singapura, Thailand, India, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Vietnam dan Arab Saudi.
Berbanding Mac 2020, jumlah perdagangan dan eksport masing-masing menurun sebanyak 9.9 peratus dan 19 peratus manakala import naik 0.9 peratus.
Mengulas prestasi itu, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata penurunan eksport dan import tersebut telah dijangka memandangkan kebanyakan negara di seluruh dunia berada dalam keadaan sekatan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19.
Beliau berkata ini menyebabkan gangguan utama terhadap aktiviti pembuatan dan pergerakan barangan secara global namun begitu, eksport beberapa barangan seperti barangan besi dan keluli, sarung tangan getah dan minyak sawit ditapis mencatatkan peningkatan.
“Eksport Malaysia dijangka meningkat dalam beberapa bulan akan datang kerana kerajaan telah membenarkan lebih banyak industri untuk kembali beroperasi dengan kapasiti penuh sejak 4 Mei 2020.
“Begitu juga, syarikat-syarikat di negara lain turut meningkatkan operasi perniagaan mereka. Ini akan menggalakkan aktiviti-aktiviti perdagangan di antara Malaysia dengan negara-negara lain,” katanya dalam laporan yang sama.
Menurut MITI, eksport barangan besi dan keluli; kelengkapan pengangkutan serta keluaran getah masing-masing mencatatkan pertumbuhan dua digit pada 21.5 peratus, 21.8 peratus dan 11.7 peratus meskipun eksport barangan perkilangan menyusut 23.4 peratus tahun ke tahun kepada RM55.5 bilion.
Penurunan barangan perkilangan yang merangkumi 85.5 peratus daripada jumlah eksport adalah berikutan eksport lebih rendah bagi barangan elektrik dan elektronik, barangan perkilangan logam, jentera, kelengkapan dan peralatan, keluaran petroleum serta barangan optik dan saintifik, kata MITI.
Kementerian itu berkata pada April 2020, jumlah perdagangan dengan ASEAN turun 27.9 peratus tahun ke tahun kepada RM30.4 bilion atau merangkumi 22.8 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.
“Perdagangan dengan China yang merangkumi 19.7 peratus atau RM26.25 bilion daripada jumlah perdagangan Malaysia, berkurangan secara marginal sebanyak 1.5 peratus tahun ke tahun,” menurutnya.
Jumlah perdagangan dengan AS pula, yang merangkumi 8.0 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia, mencatatkan penurunan sebanyak 19.6 peratus tahun ke tahun kepada RM10.67 bilion.
Perdagangan dengan Kesatuan Eropah, yang menyumbang 7.1 peratus kepada jumlah perdagangan Malaysia, mencatatkan penurunan sebanyak 33.3 peratus tahun ke tahun kepada RM9.42 bilion.
Pada April 2020, jumlah perdagangan dengan Jepun berkurang 22.2 peratus tahun ke tahun kepada RM8.59 bilion dan menyumbang 6.4 peratus kepada jumlah perdagangan Malaysia.
“Perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas pula yang merangkumi 71.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia merekodkan pengurangan sebanyak 9.5 peratus tahun ke tahun kepada RM95.47 bilion,” kata MITI.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 04 2020
Azmin berkata penurunan eksport dan import tersebut telah dijangka memandangkan kebanyakan negara di seluruh dunia berada dalam keadaan sekatan pergerakan bagi membendung penularan COVID-19. - Gambar fail
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Tentera Laut Amerika bangunkan senjata gelombang mikro tangkis dron
Sistem menangkis senjata semasa tidak direka untuk memusnahkan dron dan kosnya juga adalah lebih tinggi berbanding senjata yang menyerang.
AS, Israel dijangka bincang serangan ke atas Rafah Isnin ini
Seorang delegasi Israel pada asalnya dijadualkan tiba pada minggu ini untuk mendengar kebimbangan AS mengenai serangan itu dan akan diberikan pandangan alternatif.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.