Malaysia dan Indonesia hari ini mengulangi komitmen mereka untuk bekerjasama bagi mempromosikan produk sawit dan menangani bersama serangan terhadap industri minyak sawit oleh Eropah.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking dan Menteri Perdagangan Indonesia Enggartiasto Lukita, dalam satu sidang media bersama berkata, usaha menangani isu itu akan menjadi keutamaan bagi kedua-dua kementerian tersebut.
"Kedua-dua negara akan, antara lainnya, meningkatkan peranan Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit bagi mempromosikan produk sawit," kata Leiking yang sedang dalam rangka lawatan tiga hari ke Indonesia bermula hari ini.
Pada Januari tahun ini, Parlimen Eropah mengundi untuk menghentikan secara berperingkat biodiesel yang menggunakan minyak sawit menjelang 2021.
Leiking berkata lawatan beliau itu adalah susulan kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama dua hari ke Jakarta pada Jun lepas bagi meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara.
Sementara itu, Enggartiasto berkata Malaysia dan Indonesia menghasilkan 80 peratus daripada minyak sawit global dan kedua-dua negara merupakan dua pengeluar terbesar dunia.
"Kami akan bekerjasama untuk menangani serangan itu dan komited mempromosikan bersama produk minyak sawit," katanya.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Indonesia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dan yang ketiga terbesar dalam ASEAN. Perdagangan dua hala hampir berganda daripada AS$9.02 bilion (AS$1=RM4.08) pada 2006 kepada AS$16.89 bilion tahun lepas.
"Sepanjang dekad yang lalu, pelaburan Malaysia adalah dalam sektor-sektor utama seperti perbankan, perladangan, pembinaan, jalan bertol, tenaga serta telekomunikasi.
"Kita berharap lawatan kerja ini akan diterjemahkan kepada kejayaan ekonomi yang lebih besar bagi kedua-dua negara," kata kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 10 2018
Malaysia dan Indonesia menghasilkan 80 peratus daripada minyak sawit global dan kedua-dua negara merupakan dua pengeluar terbesar dunia. - Bernama
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Mbappe mampu bantu Real dominasi Eropah
Thierry Henry melihat Real Madrid boleh mendominasi bola sepak Eropah dan Sepanyol untuk tempoh enam atau tujuh tahun akan datang jika mereka menandatangani Kylian Mbappe pada musim panas ini.
Proses pengantarabangsaan universiti perlu disokong dengan aktiviti mahasiswa
Bagi Malaysia, pembangunan sistem pendidikan tinggi telah diberikan fokus oleh kerajaan termasuk pelan mengantarabangsakan sektor pendidikan tinggi.
Perhimpunan solidariti Palestin diadakan di Eropah
Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin pada Sabtu ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.
AS rancang projek infrastruktur untuk hubungkan India, Eropah dan Asia Barat
Pelan itu memerlukan "pelaburan berkualiti tinggi dalam membina infrastruktur mampan" yang akan mengisi jurang global.
92 juta kanak-kanak di Eropah, Asia Tengah terjejas akibat gelombang haba - UNICEF
Negara di rantau itu kini merasakan bahang akibat krisis iklim, dengan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak paling terjejas teruk.
Lebih ramai pekerja di Eropah diberhentikan ekoran unjuran ekonomi lemah
Trend pengurangan tenaga kerja yang semakin meningkat sejak awal tahun ini memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 140,000 individu.
Kebimbangan privasi data, Google tangguh pelancaran bot sembang Bard di EU
Syarikat itu didakwa tidak memberikan maklumat yang mencukupi tentang cara alat AI akan melindungi privasi orang Eropah.
EUDR tidak wajar tetapkan Malaysia negara berisiko tinggi - Fadillah
Hasrat Eropah untuk menetapkan Malaysia sebagai negara berisiko tinggi di bawah Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) adalah tidak wajar.
Sepanyol ambil alih Pengerusi EU, mahu mengindustrikan semula Eropah
Pedro Sanchez mahu blok itu menjadi lebih bebas dan matlamat itu boleh dicapai dengan mengukuhkan sektor perindustrian.
Sweden ambil alih kepimpinan EU, tumpu 'Eropah yang lebih selamat'
Sweden mengambil alih jawatan presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU) daripada Republik Czech pada Ahad.