Malaysia berada di kedudukan ke-25 daripada 138 ekonomi, turun daripada tangga ke-18 tahun lepas tetapi kekal sebagai ekonomi paling kompetitif dalam kalangan negara membangun Asia.
Menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) 2016-2017, yang diumumkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) hari ini, dari segi skor, prestasi negara turun daripada 5.23 kepada 5.16 daripada maksimum 7.
Bagaimanapun, Malaysia kekal berada di hadapan ekonomi seperti Republik Korea, Iceland dan China dalam ranking terbaharu ini tetapi telah diatasi oleh Belgium, Austria, Luxembourg, Perancis, Australia, Ireland dan Israel, menurut laporan itu.
Sementara itu, negara-negara dan wilayah yang turut turun daripada ranking mereka termasuklah Jerman, Jepun, Hong Kong SAR, Finland, Kanada, Perancis, Thailand, Indonesia dan Filipina.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penting untuk diambil perhatian bahawa semua negara yang berada di kedudukan di atas Malaysia adalah negara maju dan berpendapatan tinggi.
GCR ialah laporan tahunan yang dikeluarkan oleh WEF berdasarkan kepada Indeks Daya Saing Global (GCI) menggabungkan 114 petunjuk yang menyepadukan kedua-dua aspek daya saing ekonomi makro dan mikro.
Petunjuk-petunjuk ini dikumpulkan menjadi 12 tonggak terdiri daripada Institusi, Prasarana, Persekitaran Makroekonomi, Kesihatan dan Pendidikan Utama, Pendidikan Tinggi dan Latihan, Kecekapan Pasaran Barangan, Kecekapan Pasaran Buruh, Pembangunan Pasaran Kewangan, Kesediaan Teknologi, Saiz Pasaran, Kecanggihan Perniagaan dan Inovasi.
GCI itu berdasarkan kepada data perangkaan daripada organisasi dikitiraf antarabangsa bagi 30 peratus atau 34 petunjuk.
Bagi 80 petunjuk selebihnya, penilaian kualitatif itu dibuat berdasarkan Kaji Selidik Pendapat Eksekutif Forum Ekonomi Dunia.
Menurut GCR, laporan itu secara keseluruhannya, menyenaraikan Switzerland sebagai ekonomi paling kompetitif di dunia untuk tahun kelapan berturut-turut, mengatasi Singapura dan Amerika Syarikat dan diikuti Belanda serta Jerman.
Mustapa berkata, Malaysia disenarai pada kedudukan 50 teratas bagi setiap daripada keseluruhan 12 teras biarpun mencatat penurunan dalam 8 teras berkenaan.
Malaysia mencatat prestasi paling kukuh dalam teras Kecekapan Pasaran Barangan (tempat ke-12) dan Pembangunan Pasaran Kewangan (ke-13) manakala teras Kesediaan Teknologi, Malaysia melonjak empat tempat ke tempat 43 dan teras Saiz Pasaran pula naik dua kedudukan ke tempat 24, katanya.
Mustapa menyifatkan sebahagian besar punca penurunan kedudukan Malaysia adalah disebabkan faktor luaran di luar kawalan penggubal dasar.
"Ketidaktentuan ekonomi global, pengukuhan dolar Amerika Syarikat, kejatuhan harga komoditi serta kelembapan ekonomi China adalah di luar jangkauan kita.
"Isu persepsi juga timbul berikutan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang terus menyebarkan tuduhan tidak berasas mengenai perkembangan politik dalam negara serta keadaan ekonomi kita," katanya.
Hakikatnya, tegas Mustapa, Malaysia kekal stabil baik dari segi politik manakala asas ekonominya juga kukuh.
Sehubungan itu, katanya, isu persepsi berkenaan perlu dipandang serius dan kerajaan akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi menangani perkara itu.
Beliau berkata biarpun kedudukan terbaharu itu mengecewakan, ia sebaliknya mengukuhkan lagi pendirian kerajaan untuk mengambil pendekatan sewajarnya pada kadar lebih pantas dalam usaha mempertingkat daya saing Malaysia.
Malah, sebagaimana ditegaskan pihak WEF bagi negara-negara pesat membangun, aspek seperti penambahbaikan amalan perniagaan dan pelaburan dalam inovasi kini sama pentingnya dengan infrastruktur, kemahiran dan kecekapan pasaran.
Kerajaan akan menangani kekurangan yang ditekankan dalam laporan tersebut, dan menyatukan usaha-usaha semua kementerian ke arah mengekalkan status Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan, katanya.
Malaysia juga akan terus berusaha untuk menanda aras negara dengan negara-negara yang mencatat prestasi lebih baik dalam laporan itu.
Beliau berkatah Malaysia telahpun menangani perkara-perkara seperti mempertingkatkan produktiviti, memudahkan inovasi terutamanya dalam perusahaan kecil dan sederhana(PKS).
Ia juga merevolusikan perkhidmatan pembuatan, mempertingkatkan automasi dan pendigitalan bagi mempertingkatkan kecekapan, pengoptimuman logistik dan menjadikan harga lebih telus dan berdaya saing, katanya.
Menurutnya, kerajaan juga mempersiapkan PKS bagi menghadapi persekitaran yang lebih terbuka dan pelbagai Perjanjian Perdagangan Bebas yang turut melibatkan negara ini, dan juga penyepaduan dagangan ekonomi yang lebih mendalam di rantau ASEAN.
Beliau berkata, kerajaan sedang bekerjasama dengan pakar dan penggiat industri untuk memuktamadkan Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia bagi menangani isu dan cabaran tentang produktiviti dengan cara yang lebih komprehensif.
Beliau menggesa syarikat membuat inovasi dengan sepantas kerana sektor swasta yang akan menentukan tahap daya saing Malaysia.
Laporan itu turut menekankan kepentingan mengelak perangkap pendapatan pertengahan dengan lebih memberi perhatian kepada kecanggihan dan inovasi perniagaan.
Justeru itu, Mustapa berkata Malaysia akan terus giat memajukan inovasi.
"Beberapa strategi sedang dilaksanakan untuk menggalakkan inovasi di peringkat perusahaan dan masyarakat di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas yang dijangka meningkatkan ekosistem inovasi negara.
"Kita amat berharap ini akan menyokong Malaysia memperbaiki ranking dalam laporan akan datang," katanya.
Dalam melangkah maju, beliau mengingatkan bahawa persaingan akan menjadi lebih sengit dalam tahun-tahun akan datang memandangkan semua negara giat berusaha untuk melonjakkan daya saing masing-masing.
Platform berkeupayaan teknologi yang memudahkan aspek perkongsian dan ekonomi yang menjadi pilihan, ternyata menjejaskan model perniagaan dan memaksa negara-negara memikirkan semula pendekatan untuk menggubal dasar ekonomi masing-masing, katanya.
Pihak kerajaan dan sektor swasta perlu lebih bekerjasama antara satu sama lain untuk mewujudkan persekitaran yang lebih berdaya saing, kata Mustapa. -- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2016
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penting untuk diambil perhatian bahawa semua negara yang berada di kedudukan di atas Malaysia adalah negara maju dan berpendapatan tinggi. - Gambar fail
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Krisis iklim mungkin menyebabkan 14.5 juta kematian menjelang 2050
Perubahan iklim juga bakal membuatkan kerugian ekonomi sebanyak AS$12.5 tirilion.
WEF24: Eropah digesa main peranan lebih besar
Dengan kehadiran pasukan Eropah membina hospital dan merawat pesakit di Gaza, Israel tidak ada alasan mengatakan ia adalah kubu tentera.
Maklumat salah AI ancaman terbesar dunia ketika ini - WEF
Pelbagai risiko alam sekitar turut menimbulkan ancaman terbesar dalam jangka panjang, kata Laporan Risiko Global.
Andalan 2024: Dua bilion pengundi di 50 negara bakal sertai pesta demokrasi
Mengikut tinjauan Forum Ekonomi Dunia (WEF), impak geopolitik kini lebih besar sejak era Perang Dingin
Indeks Peralihan Tenaga: Malaysia diiktiraf negara terbaik di Asia Tenggara
Pencapaian ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat bagi pengurusan peralihan tenaga yang pantas, selamat dan berpatutan.
China enjin pertumbuhan dunia - Ketua Pengarah WTO
Katanya, dunia masih belum pulih sepenuhnya daripada impak penularan COVID-19 tetapi situasi sedang berkembang ke arah yang kian baik.
WEF 2023: Pertumbuhan ekonomi perlahan lebih buruk berbanding kemelesetan
Ketua Ekonomi Automatic Data Processing (ADP), Nela Richardson berkata kemelesetan sering kali tidak berlaku dalam tempoh yang lama.
WEF2023: Nusantara langkah Indonesia keluar perangkap pendapatan sederhana
Timbalan Menteri Ekonomi Indonesia, Amalia Adininggar Widyasanti berkata pembangunan holistik IKN akan menyokong proses transformasi ekonomi negara itu yang statik selama lebih 30 tahun.
WEF himpunkan 2,700 pemimpin global, tumpu usaha jadikan dunia lebih berdaya tahan
Pada kali ini, delegasi Malaysia diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
WEF 2023: Kenakan cukai lebih tinggi, telus kepada golongan kaya - Aktivis anti-WEF
Aktivis iklim dan kumpulan anti-WEF serta jutawan mengadakan demonstrasi seiring penganjuran Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2023.