Malaysia akan terus memelihara hubungan akrab dan baik dengan jiran-jiran dan rakan berdagangnya, serta berhubung dan bekerjasama dalam usaha untuk mengekalkan ekonomi yang kukuh, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata Malaysia melakukan ini tanpa mengira ideologi politik negara berkenaan, sambil meneruskan pendirian yang bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.
"Membina hubungan dan perkongsian ekonomi dengan negara-negara lain dapat memupuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran untuk rakyat.
"Itu adalah pendekatan kami - dan kami telah lihat manfaatnya,” kata beliau dalam ucaptama di Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-30 di sini malam tadi.
Menyebut hubungan Malaysia dengan Singapura, beliau berkata usul Perkara-perkara Perjanjian pada 2010 selepas berdepan dengan kebuntuan selama 20 tahun, merupakan contoh baik bagaimana kedua-dua negara telah memilih bagi membelakangi batu penghalang yang wujud sekian lama untuk bergerak ke hadapan dalam semangat faedah bersama.
Beliau menambah, kedua-dua negara sedang mengkaji untuk membina keretapi berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura, dengan Memorandum Persefahaman dijangka ditandatangani pada Julai.
Di Filipina, Najib berkata Malaysia menjadi fasilitator rundingan bagi menyelesaikan pergolakan yang berlarutan lama di Asia, dan ia kini menunggu-nunggu pelaksanaan akhir Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro.
Tahun lepas, beliau berkata Malaysia turut bekerjasama dengan Indonesia, Thailand, Myanmar dan Bangladesh dalam menangani isu pendatang di laut sementara Malaysia akan juga menerima 3,000 pendatang Syria dalam dua tahun akan datang.
"Kami akan terus membantu meredakan krisis kemanusiaan sama ada dekat atau jauh, begitu juga kami akan terus membantu dan mengetuai usaha menentang radikalisme dan ekstremisme.
"Dengan memandang keluar, terbuka kepada perdagangan dan kerjasama, dedikasi kepada kesederhanaan dan toleransi, tekad memerangi bahana ekstremisme ganas, dan fokus sepenuhnya kepada keperluan dan aspirasi rakyat, inilah cara Asia-Pasifik dapat memperkukuh keselamatan kita bersama, ketika kita bergerak menuju ke dekad ketiga yang banyak pihak memanggilnya sebagai 'Abad Asia'”, kata beliau.
Bernama
Mon May 30 2016
NAJIB: Membina hubungan dan perkongsian ekonomi dengan negara-negara lain dapat memupuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran untuk rakyat. - FotoBERNAMA
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perpaduan perlu diperkukuhkan walaupun berbeza ideologi politik - MB Aminuddin
Seluruh rakyat di Negeri Sembilan perlu mengukuhkan semangat patriotik meskipun berbeza ideologi politik, terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Ketepikan ideologi, sentimen politik dan utamakan pembangunan Pahang - Tengku Hassanal
Perlu letak agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan selain menumpukan usaha ke arah memajukan Pahang.
KPM disaran sedia garis panduan elak guru bawa ideologi politik ke sekolah
Garis panduan itu perlu disediakan bagi memastikan guru tidak mengabaikan tugas hakiki mereka.
Persidangan Keselamatan: WHO beri amaran jangan politikkan COVID-19
Menurut Tedros, virus COVID-19 itu harus menjadi titik penyatuan ideologi politik, dalam usaha mengekang penularannya.
PRN Sabah: Ketepi politik, Hari Malaysia disambut meriah penduduk Kampung Sim-Sim
Mereka juga turut bekerjasama menghias pondok jambatan sempena Pertandingan Menghias Pondok Jambatan Kampung Sim-Sim.
Tengku Abdullah dukacita perpaduan rakyat kian rapuh
Tengku Abdullah bertitah rakyat di negara ini yang terdiri pelbagai kaum yang selama ini hidup rukun dan damai kini cuba membawa haluan dengan cara tersendiri.
Ketepi ideologi politik semasa banjir - Tengku Abdullah
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan agar perbezaan ideologi politik diketepikan semasa menghadapi bencana.
Ketepikan perbezaan politik, jangan gadaikan keamanan - PM Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan ideologi politik agar tidak menggadaikan keamanan negara.
Malaysia kekalkan hubungan kukuh dengan rakan serantau dan antarabangsa - Najib
Perdana Menteri berkata Malaysia melakukan ini tanpa mengira ideologi politik negara berkenaan.
Agensi cari jodoh: Ideologi politik penting sebelum temukan pasangan
Bagi Zainuddin Md Jaafar, 50, seorang pengurus agensi cari jodoh, ideologi politik amat dititikberatkan sebelum mempertemukan pasangan yang benar-benar ingin mencari jodoh.