Malaysia sedang menuju ke arah yang betul seperti yang dibuktikan dalam laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar negara pada 2017, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri merujuk kepada laporan IMF baru-baru ini yang menyatakan bahawa pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia meningkat dan diunjurkan pada 5.5 - 6.0 peratus untuk 2017, didorong oleh permintaan domestik dan eksport yang teguh.
"Bukti bahawa kita sedang menuju ke arah yang betul," kata Najib dalam catatan terbaru Twitter beliau.
IMF menyatakan bahawa agenda pembaharuan struktur komprehensif pihak berkuasa, yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia ke-11, yang memberi tumpuan terhadap usaha menambah produktiviti dan hasil pasaran tenaga kerja, akan membantu meningkatkan pertumbuhan jangka sederhana dan meningkatkan taraf hidup.
"Keutamaan perlu diberikan kepada dasar-dasar untuk menggalakkan penyertaan pasaran tenaga kerja wanita dan mengurangkan ketidakpadanan kemahiran," katanya.
Pasukan IMF, yang diketuai oleh Nada Choueiri, melawat Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 28 Nov hingga 8 Dis 2017 untuk mengadakan perbincangan bagi Rundingan Artikel IV 2018 dengan Malaysia.
Pasukan itu bertukar-tukar pandangan dengan pegawai kanan kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta bertemu dengan wakil dari sektor swasta dan kumpulan pemikir.
Dalam satu kenyataan selepas akhir lawatan itu, Choueiri menyatakan ekonomi Malaysia telah menunjukkan daya tahan pada tahun-tahun kebelakangan ini dan terus berjalan dengan lancar.
"Bagaimanapun, inflasi teras dan pertumbuhan kredit terkawal. Inflasi harga pengguna telah meningkat dengan harga minyak yang lebih tinggi, dan diunjurkan hampir empat peratus untuk 2017. Dari segi luaran, lebihan baki akaun semasa telah meningkat, dibantu oleh eksport yang kukuh," kata Choueiri.
"Pertumbuhan KDNK sebenar dijangka pada 5.0 - 5.5 peratus pada 2018. Walaupun kenaikan kitaran akan mula normal, momentum dalam aktiviti dijangka terus kukuh pada separuh pertama tahun ini, disokong oleh permintaan domestik dan kekuatan yang berterusan dalam perdagangan global.
"Inflasi dijangka merosot dalam jajaran 3.0 - 3.5 peratus dengan kesan yang lebih rendah daripada harga minyak dunia.
"Risiko terhadap prospek jangka pendek adalah seimbang. Permintaan global yang kukuh untuk elektronik, yang memberi manfaat kepada eksport Malaysia, boleh bertahan lebih lama daripada yang dijangkakan, sementara risiko penurunan, termasuk ketidakpastian dasar dalam ekonomi maju dan keadaan kewangan global yang lebih ketat. Mengenai masa depan, keseimbangan dasar akan menjadi perkara utama.
"Rancangan pengukuhan fiskal yang dirancang kerajaan untuk 2017-2018 adalah sesuai, dan akan membantu membina penampan dan mengekalkan keyakinan pasaran kewangan.
"Dalam jangka sederhana, dasar fiskal perlu mengikut laluan pengukuhan secara beransur-ansur, dan komposisi pelarasan boleh diperbaiki untuk menjadikannya lebih banyak berasaskan pendapatan dan memberi ruang untuk pembaharuan struktur dan meningkatkan perbelanjaan sosial untuk pertumbuhan inklusif," katanya.
Sektor kewangan pula, katanya, berdaya tahan dan keuntungan serta kecairan bank adalah kukuh, dan akses korporat kepada kredit kekal baik.
"Walaupun pertumbuhan harga perumahan sederhana, risiko wujud dalam pendedahan kepada gadai janji isi rumah dan sektor pembangunan hartanah. Bagaimanapun, impak mereka terhadap kestabilan kewangan makro dilihat terkawal.
"Keutamaan perlu diberikan kepada dasar-dasar untuk menggalakkan penyertaan tenaga kerja wanita; meningkatkan kualiti pendidikan dan kemahiran; meningkatkan latihan vokasional dan teknikal untuk mengurangkan ketidakpadanan kemahiran pasaran buruh; menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R & D); serta menambah baik infrastruktur awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2017
Najib berkata, inflasi dijangka merosot dalam jajaran 3.0 - 3.5 peratus dengan kesan yang lebih rendah daripada harga minyak dunia.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?
Perkembangan terbaru ni pastinya memberi impak kepada Misi Freedom Flotilla untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
Rakan setugas, Syaff Shukri bersama jurukamera Ab Uzza Ab Latif sedia berkongsi perkembangan terkini tentang perang terbaharu ini.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).