Malaysia terlindung daripada risiko terlalu terdedah kepada pelaburan dari China pada masa ini walaupun negara itu menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia.
Ketua Pakar Ekonomi dan Rakan Kongsi Deloitte China, Prof Stephen Xu Sitao berkata, ini kerana Malaysia mempunyai sumber ekonomi dan rakan perdagangan yang pelbagai.
"China menjadi rakan perdagangan Malaysia untuk sembilan tahun berturut-turut berikutan hubungan ekonomi yang menyeluruh antara kedua-dua negara," katanya.
Xu berkata demikian kepada pemberita pada Persidangan Perbankan Global anjuran Institut Bank Berkanun Asia (AICB) di sini, pada Selasa.
Persidangan dua hari bertema 'Industri Perbankan China - Peluang Untuk Pertumbuhan ' bermula hari ini dan dianjurkan AICB dengan kerjasama Universiti Tsinghua, Beijing.
Persidangan itu bertujuan menawarkan platform untuk peserta industri memperoleh pemahaman mendalam mengenai industri perbankan China, termasuk peluang, ancaman, dasar kewangan, pembaharuan serta risiko.
November lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membawa masuk pelaburan bernilai US$33.6 bilion (US$1 = RM4.28) dari China, iaitu jumlah terbesar antara kedua-dua negara setakat ini.
China telah memberi komitmen untuk mengimport barangan bernilai US$2 trilion dari Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang, melonjak hampir lapan kali ganda berbanding 2016, di samping untuk melabur sehingga US$150 bilion di negara ini.
Pelaburan China di Malaysia telah meningkat mendadak sejak President Xi Jinping mengambil alih pucuk kepimpinan negara ekonomi kedua terbesar dunia itu pada 2012.
Ia menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia sejak 2009, menggantikan Singapura dengan perdagangan dua hala bernilai US$83.4 bilion pada 2016.
Ketika pembentangannya, Xu berkata, China boleh belajar daripada kaedah kawalan modal Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia pada 1998, di mana bank pusat telah menambat ringgit kepada RM3.80 bagi setiap dolar US.
"Pada pendapat saya, ia dilakukan pada masa yang tepat ketika kebanyakan mata wang Asia lain menerima tekanan.
"Jika China mahu melaksanakan kawalan modal, ia perlu dilakukan ketika mata wang negara secara relatifnya di bawah nilai. Bagaimanapun kami (China) belum memutuskan sama ada akan melakukannya atau tidak," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2017
Pelaburan China di Malaysia telah meningkat mendadak sejak President Xi Jinping mengambil alih pucuk kepimpinan negara ekonomi kedua terbesar dunia itu pada 2012. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.