Tutup

Berita  | Bisnes

Malindo Air terima sijil operasi syarikat penerbangan

KUALA LUMPUR: Malindo Air telah menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Sivil (DCA) untuk menjalankan operasi udara komersil.

Dalam satu kenyataan Selasa, Malindo Air berkata kelulusan itu adalah satu kejayaan dalam memperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah baharu yang dinanti-nantikan itu.

Anggota Lion Group itu berkata ia menyasarkan untuk memulakan operasi pada Mac.

Syarikat penerbangan hybrid pertama Malaysia itu berkata ia akan memperkenalkan penawaran produk kelas bisnes dan ekonomi.
Pesawat yang mempunyai tempat duduk yang lebih lebar iaitu 45 inci untuk kelas bisnes dan 32 inci di kelas ekonomi itu menawarkan pilihan baharu untuk keselesaan penumpang.

Penerbangan juga disediakan dengan kemudahan seperti televisyen Peribadi, perkhidmatan makanan di kelas bisnes dan snek di kelas ekonomi.
Lain-lain tambahan nilai yang ditawarkan oleh Malindo Air ialah elaun bagasi percuma 30kg untuk kelas bisnes dan 15kg bagi kelas ekonomi.

Berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ia akan menjadi syarikat penerbangan pertama menggunakan B737-900ER serba baharu di Malaysia.

Syarikat penerbangan baharu itu akan membeli 100 pesawat sepanjang 10 tahun akan datang dan pada permulaan, akan menawarkan laluan sejauh lima jam daripada Kuala Lumpur.