ltizam untuk memastikan setiap keluarga mampu tinggal dalam rumah yang selesa, sama ada secara milik sendiri atau menyewa, diterjemahkan oleh Barisan Nasional melalui komitmen mewujudkan sebuah bank khas bagi memudahkan pinjaman Perumahan Mampu Milik dan Perumahan Kos Rendah berharga RM300,000 ke bawah.
Perkara itu antara yang terkandung dalam Manifesto BN bertemakan Bersama BN, Hebatkan Negaraku' yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini, yang turut menjanjikan untuk memberi pengecualian cukai bagi pendapatan daripada penyewaan rumah.
Perkara itu antara yang terkandung dalam Manifesto BN bertemakan 'Bersama BN, Hebatkan Negaraku' dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
Ia turut menjanjikan pengecualian cukai bagi pendapatan daripada penyewaan rumah.
Dalam manifesto yang dilancar untuk Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi, BN juga berjanji memperkenalkan Skim Bantuan Sewa Perumahan Awam untuk membantu penyewa dalam kategori miskin dan orang kelainan upaya.
Selain itu, BN juga memberi komitmen untuk membuka peluang kepada pesara kerajaan dan anak-anak mereka membeli unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).
Manifesto itu turut menyebut bahawa BN akan membina semula perumahan rakyat dan perumahan kos rendah berusia lebih 20 tahun.
Ini merupakan antara janji di bawah teras Kediaman 1Negaraku:
- Membantu pembeli yang menjadi mangsa kepada pemaju perumahan tidak berlesen -Menyediakan dana khas bagi menggalakkan usahawan Sistem Binaan Berindustri (IBS)
- Menyediakan insentif bagi menggalakkan bank dan pemaju perumahan menawarkan skim sewa-untuk-beli
- Mewajibkan Indeks Prestasi Utama (KPI) ke atas pembinaan Rumah Mampu Milik
- Menubuhkan tribunal penyelesaian konflik
- Mewujudkan sebuah entiti tunggal untuk menyelaras keseluruhan inisiatif perumahan mampu milik
- Memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah Patuh Syariah yang akan menambah baik sIstem perbankan Islam sedia ada
- Membina lebih banyak rumah komuniti Felda
- Melanjutkan tempoh pengecualian duti setem untuk projek perumahan terbengkalai
- Membina perumahan mampu milik di tanah rizab Melayu, wakaf dan baitulmal yang terbiar
- Meningkatkan kapasiti Program Bantuan Rumah
- Menaik taraf rumah Orang Asli dan rumah pekerja estet di Semenanjung
- Menyediakan dana khas untuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Jawatankuaa Pengurusan Bersama (JMC)
- Meningkatkan had tuntutan di bawah kuasa Tribunal Perumahan dn Pengurusan Strata (TPPS)
- Memperluaskan kuasa kerajaan untuk menghidupkan semula projek perumahan terbengkalai
- Melancarkan Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara (3PAN)
- Menamatkan polisi diskaun lot Bumiputera untuk hartanah bernilai RM1 juta dan ke atas
- Memperuntukkan 1,800 unit rumah dalam Program 1Anggota 1 Rumah (SASaR) untuk anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Membina 45,000 unit kediaman Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) menjelang 2030
- Mewujudkan Program Bantuan Baiki Rumah Veteran Tentera 1Malaysia dengan sasaran menjelang 2020
- Memperuntukkan 10,000 unit rumah PPA1M untuk anggota polis
- Membina 10,000 unit rumah mampu milik SASaR khusus untuk anggota ATM
Bernama
Sat Apr 07 2018
Manifesto itu turut menyebut bahawa BN akan membina semula perumahan rakyat dan perumahan kos rendah berusia lebih 20 tahun. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).