Keadaan masih terlalu awal untuk menentukan sama ada pasaran modal domestik dan tukaran asing akan menyaksikan prestasi tidak sihat, berdasarkan aliran penyusutan secara am yang dilihat sejak beberapa minggu lepas, demikian pandangan beberapa penganalisis dan pakar ekonomi.
Ini berikutan sikap pelabur yang sebaliknya mengamalkan pendirian selamat dan selesa berada di luar pasaran sementara menunggu petunjuk konkrit yang diumumkan oleh kerajaan baharu di bawah pimpinan Pakatan Harapan.
"Aliran penurunan (di pasaran) adalah biasa, terutamanya selepas berlakunya pertukaran kerajaan. Lazimnya pasaran akan mengukuh semula dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.
"Oleh itu adalah terlalu awal untuk menentukan arah atau hala tuju pasaran. Kita juga masih belum memiliki barisan Kabinet yang lengkap," kata Ketua Pegawai Eksekutif Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.
Beliau berkata, pelabur juga perlu mendapatkan gambaran lebih jelas daripada kerajaan baharu membabitkan aspek dasar memandangkan manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas adalah terlalu meluas.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembatalan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura berikutan kos kewangan yang tinggi.
Projek Transit Aliran Massa Laluan 3 turut dibatalkan manakala Projek Laluan Rel Pantai Timur pula dalam proses disemak semula.
Menurut Nazri, apa yang penting adalah aspek asas-asas ekonomi negara ini.
"Bagi saya, aspek ini masih kekal kukuh. Pelabur juga akan turut melihat rekod prestasi Dr Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun," katanya.
Pada Jumaat lepas, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.49 mata atau 0.42 peratus kepada 1,778.32 ketika pelabur terus bimbangkan impak pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa pada 1 Jun, 2018.
Pelabur juga, kata Nazri, turut khuatir dengan spekulasi bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia dan beberapa CEO syarikat multinasional lain akan digantikan dengan individu lain.
CEO Telekom Malaysia, Datuk Seri Shazalli Ramly bertindak meletak jawatan pada 6 Jun lepas.
"Mereka (pelabur) sedang menunggu siapakah pengganti individu yang telah meletak jawatan kerana ini boleh menjejaskan pergerakan pasaran dari segi kemajuan masa depan," katanya.
Sementara itu, menurut nota firma penyelidikan, pihak dana asing bertindak mengeluarkan sejumlah RM12.9 bilion daripada bon tempatan pada Mei lepas - angka terbesar sejak Mac 2017, yang dikatakan ekoran perkembangan pasca pilihan raya umum selain pendirian mengelak risiko di pasaran sedang membangun.
Maybank IB Research berkata jualan bersih ekuiti Malaysia secara besar-besaran oleh pelabur asing berjumlah RM5.6 bilion pada Mei lepas. Ini ternyata bertentangan dengan belian bersih asing terkumpul sebanyak RM3.5 bilion bagi tempoh Januari hingga April 2018.
Bagaimanapun, sentimen pelabur dikatakan kembali lega selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa Malaysia akan berusaha memenuhi sasaran defisit fiskal 2.8 peratus bagi 2018.
"Pembentangan Bajet mini/semakan 2018 pada bulan Jun dan seterusnya Bajet 2019, akan menangani kebimbangan yang ada serta menyuntik keyakinan terhadap kewangan kerajaan," kata firma penyelidikan itu.
Sementara itu, seorang peniaga lain yang enggan dikenali berkata aliran masuk dana asing itu dijangka pulih secara berperingkat pada separuh kedua tahun ini.
Ini berlaku ketika gabungan faktor luaran dan dalaman telah menyebabkan peningkatan keluar dana asing yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh empat tahun.
Malah, kalangan pelabur asing dilihat menarik diri daripada negara sedang pesat membangun seperti Malaysia dan beralih ke negara yang mencatat kenaikan kadar faedah secara konsisten.
Pelabur juga dilihat lebih berhati-hati dalam senario ketegangan yang kian ketara di Eropah serta perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China selain faktor kemungkinan Pihak Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah.
"Bagi negara sedang pesat membangun tertentu, para pelabur lebih tertumpu kepada paras hutang dan defisit akaun semasa manakala pelabur di pasaran lebih matang pula lebih berhati-hati terhadap kemungkinan pemisahan Zon Eropah," katanya.
Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Ramlan Pointon Consultants Sdn Bhd, Dr Jorah Ramlan berkata pasaran tempatan mengamalkan sikap tunggu dan lihat bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai dasar-dasar kerajaan baharu.
"Penyusutan nilai ringgit dan Bursa Malaysia bukanlah terlalu mendadak atau sebegitu drastik. Pelabur sebenarnya hanya menunggu masa untuk memanfaatkan keadaan apabila peluang muncul," katanya kepada Bernama.
Jorah berkata, Malaysia kekal sebagai negara mesra pelabur dengan prospek ekonomi yang cerah walaupun berlaku jualan kecil tukaran asing, ekuiti serta di pasaran modal yang dilihat sebagai bersifat sementara.
Nilai ringgit susut berbanding dolar AS kepada 3.9870/9900 daripada 3.9770/9800 pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ketua Strategi Tukaran Asing dan Penyelidikan Pasaran FXTM, Jameel Ahmad berkata di peringkat tempatan, para pelabur memantau perkembangan data jualan runcit yang dijangka diumumkan pada Selasa ini.
"Data itu dilihat sebagai petunjuk penting paparan sentimen pengguna dan sebarang angka yang lebih baik daripada jangkaan akan membantu meningkatkan keyakinan bahawa ekonomi Malaysia dapat berkembang melebihi 5.0 peratus pada 2018," katanya.
Keadaan ringgit yang dilihat 'tenang' juga membayangkan bahawa usaha-usaha menstabilkannya juga boleh memainkan peranan.
Ringgit bagaimanapun diunjur terus diasak tekanan dalam tempoh terdekat berikutan ketidaktentuan akibat ketegangan dagangan global serta perkembangan geopolitik di Kesatuan Eropah.
"Harga komoditi yang stabil dan meningkat akan menyokong ringgit. Di peringkat domestik pula, hala tuju dasar yang lebih jelas, khususnya membabitkan aspek fiskal akan membantu meningkatkan keyakinan para pelabur.
"Amalan ketelusan itu mungkin mengundang reaksi kejutan yang cuma bersifat sementara. Namun, seiring peredaran masa, ini akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur apabila aspek tadbir urus yang baik dapat dipraktikkan," kata seorang peniaga lain.
Malah, beliau menyifatkan perkembangan sedemikian bukanlan sesuatu yang asing bagi Malaysia.
"Tindakan penjualan bersih oleh pelabur bon terbitan luar pesisir adalah ketara tetapi aliran itu menjadi lebih perlahan pasca pilihan raya umum.
"Namun, secara amnya, ringgit terlalu sensitif kepada sentimen risiko serantau. Ia menunjukkan bahawa jika prestasi pasaran ekuiti tempatan lebih baik, ini akan turut meningkatkan ringgit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 10 2018
Pelabur perlu mendapatkan gambaran lebih jelas daripada kerajaan baharu membabitkan aspek dasar memandangkan manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 lepas adalah terlalu meluas. - Gambar hiasan
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Jelajah Jiwa SME Astro AWANI bakal bertemu PMKS Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad ini
Ikuti sesi perkongsian dari pakar industri, usahawan PMKS, bengkel ilmu dan pameran berserta jualan produk-produk tempatan.
PETRONAS Chemicals catat keuntungan selepas cukai RM633 juta bagi 2Q 2023
PCG turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM640 juta, meliputi 55 peratus PAT bagi 1H 2023 dan kepentingan bukan kawalan
Grab Singapura rancang pemberhentian pekerja terbesar sejak COVID-19 - Laporan
Menurut laporan Bloomberg News, Syarikat Grab Holdings merancang siri pemberhentian pekerja terbesar sejak pandemik.
Sushi nasi lemak, makanan Jepun selera Malaysia
Idea menggabungkan identiti makanan Jepun dan Malaysia itu tercetus atas permintaan pelanggan.
MAFI tarik RM455 juta potensi pelaburan di Ekspo 2020 Dubai
Potensi nilai pelaburan itu melebihi sasaran awal kementerian, seterusnya menyifatkan penganjuran minggu tersebut sangat berjaya.
'Kopi Teduh' ilham dari TikTok, setanding jenama terkenal
Ilham untuk mengusahakan 'kopi tepi jalan' itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial.
Kerajaan baharu perlu bawa kestabilan kepada ekonomi - Persatuan perniagaan
Banyak perniagaan di negara ini yang berdepan masalah, terutamanya perniagaan kecil dan sederhana.
RUAG Malaysia dijenamakan semula sebagai Global Component Asia
GSA telah memperoleh operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) sebuah kumpulan teknologi dari Switzerland, RUAG International di Malaysia pada Jun lalu.
Institusi kewangan perlu kreatif bangunkan penyelesaian baharu, inovatif - Gabenor
Tidak memadai bagi institusi kewangan untuk hanya memanfaatkan instrumen tradisional dalam memenuhi keperluan pembiayaan berkaitan.
Industri kreatif tempatan raih RM42 juta dalam jualan, peluang komersial - MDEC
MDEC bimbing sembilan syarikat kreatif melalui keputusan penting dan pencetus perjanjian perniagaan untuk membina rangkaian dan memacu perniagaan.