AirAsia Bhd mengkritik Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) kerana gagal memahami ciri-ciri perniagaan penerbangan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Riad Asmat berkata badan penerbangan terbabit bukan hanya gagal memahami industri tersebut malah Mavcom lebih banyak menjejaskan daripada memajukan sektor penerbangan Malaysia apabila cuba mengawal semuanya.
"Ia tidak mengembangkan industri ini apabila proses kelulusan lewat serta bayaran tinggi berbanding negara lain yang membuat pelaburan besar untuk mempertingkatkan kesambungan trafik, sehingga menjejaskan sektor pelancongan dan ekonomi Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Merujuk penurunan tiga peratus ketibaan pelancong di Malaysia kepada 25.96 juta pada 2017 yang disaksikan AirAsia, Riad berkata penolakan Mavcom terhadap permohonan laluan hanya akan memburukkan lagi isu tersebut dan membantutkan sektor pelancongan negara serta ekonomi.
Riad menekankan bahawa syarikat penerbangan tempatan telah sedia ketinggalan berbanding firma penerbangan ASEAN lain dari segi tempat duduk mingguan keseluruhan yang dikhususkan bagi destinasi di Asia.
"Menurut Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, syarikat penerbangan Thailand telah memperuntukkan 893,166 tempat duduk mingguan manakala syarikat penerbangan Singapura menyediakan 661,863 tempat duduk mingguan berbanding 590,422 oleh pengangkut Malaysia setakat Disember 2017.
"Mavcom menghalang pertumbuhan, cara ini hanya akan memberi peluang kepada syarikat penerbangan serantau lain yang dibolehkan berkembang tanpa sekatan tidak wajar oleh badan berkuasa penerbangan awam mereka," katanya.
Sambil menekankan bahawa Mavcom bukan sebuah syarikat penerbangan, CEO AirAsia itu berkata suruhanjaya penerbangan tersebut perlu menyerahkan urusan perniagaan penerbangan kepada syarikat penerbangan sebenar seperti AirAsia yang memahami pasaran.
"Kami mengendalikan lebih daripada 320 laluan, satu pertiga daripadanya adalah unik, ke lebih 130 destinasi di seluruh Asia Pasifik, Asia Barat dan Amerika Syarikat," katanya.
Semalam, Mavcom mempertahankan keputusannya untuk menolak permohonan AirAsia menambah penerbangan bagi dua laluan iaitu Kota Kinabalu-Sandakan dan Kuala Lumpur-Haikou, atas dasar lebihan kapasiti laluan. -- Bernama
Bernama
Thu Jun 14 2018
AirAsia Bhd mengkritik Mavcom kerana gagal memahami ciri-ciri perniagaan penerbangan. - REUTERS/Fail
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.