Maybank Investment Bank mengekalkan saranan 'beli' terhadap AirAsia Bhd dengan jangkaan hasil dan faktor muatan lebih tinggi.

Setakat pukul 11.25 pagi, kaunter susut satu sen kepada RM2.40 dengan 8.5 juta saham bertukar tangan.

Dalam notanya hari ini, firma penyelidikan itu berkata ia menjangka saham AirAsia boleh mencecah sehingga RM2.90 dalam masa 12 bulan akan datang, menyediakan tarikan kenaikan daripada harga saham semasa.

"Penawaran dan permintaan akan mengimbangi semula. Kami percaya AirAsia akan menikmati dua hingga tiga suku tahun dengan pendapatan yang hebat, sebelum tekanan persaingan menjejaskan pendapatan," katanya.