Malayan Banking Bhd (Maybank) mengunjurkan prestasi kewangan lebih baik dalam pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia serta peningkatan dalam sektor global tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Farid Alias, berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, Singapura dan Indonesia masing-masing dijangka berkembang 4.4 peratus, 2.5 peratus dan 5.1 peratus, daripada 4.2 peratus, dua peratus dan lima peratus tahun lepas.
"Bagi pertumbuhan KDNK tiga pasaran utama itu, kami menjangkakan pinjaman dan deposit kami meningkat antara enam dan tujuh peratus, manakala pulangan ke atas ekuiti dijangka antara 10 dan 11 peratus tahun ini.
"Selain itu terdapat juga petunjuk kestabilan bagi harga komoditi global," katanya kepada pemberita semasa taklimat keputusan tahun kewangan 2016 bank itu di sini, pada Khamis.
Abdul Farid berkata, Maybank turut menumpukan kepada peningkatan pendapatan berasaskan fi daripada perkhidmatan-perkhidmatan mereka dan platform digital, Maybank2u (M2U).
"Caj M2U tidak besar. Seiring kami melangkah maju, jumlah juga akan bertambah dan diharap ia akan memberi pendapatan berasaskan fi yang kukuh kepada Maybank," katanya.
Pendapatan berasaskan fi menyumbang hampir 30 peratus kepada perolehan bank manakala kira-kira RM250 bilion nilai transaksi dilakukan menerusi platform M2U pada tahun lepas.
Beliau berkata, Maybank juga menekankan usaha jualan silang lebih luas, meningkatkan margin dan tumpuan segmen serta menguruskan penurunan margin faedah bersih.
Sementara itu, Pengerusi Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata, bank itu melihat segmen infrastruktur sebagai peluang pertumbuhan di rantau ini.
"Penekanan diberikan kepada segmen infrastruktur yang akan menjadi pemacu utama kepada ekonomi serantau," katanya.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016, keuntungan sebelum cukai Maybank susut kepada RM8.84 bilion daripada RM9.15 bilion pada 2015.
Perolehan, bagaimanapun, meningkat kepada RM44.66 bilion daripada RM40.56 bilion pada tempoh yang sama.
Maybank merupakan bank terbesar keempat dalam ASEAN dari segi aset.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2017
Maybank turut menumpukan kepada peningkatan pendapatan berasaskan fi daripada perkhidmatan-perkhidmatan mereka dan platform digital, Maybank2u (M2U). - Gambar fail
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Trend makro bentuk semula industri perbankan yang dinamik - CEO Maybank
Industri perbankan masih mencatatkan margin faedah yang terhad walaupun ia mungkin berubah tidak lama lagi apabila kadar inflasi meningkat.
Maybank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di seluruh negara
Maybank tawarkan Bantuan Banjir kepada pelanggan yang terjejas di seluruh negara | Dagang News
Maybank catat untung bersih RM1.68 bilion pada Q3FY21
Keuntungan operasi pra-peruntukan (PPOP) Kumpulan berada pada RM3.33 bilion daripada RM3.37 bilion pada S3TK20.
Keuntungan bersih suku kedua Maybank melonjak kepada RM1.96 bilion
Bagaimanapun, perolehan hasil Maybank bagi suku berkenaan susut kepada RM11.34 bilion daripada RM11.79 bilion sebelum ini.
Maybank sasar pembiayaan lestari RM50 bilion menjelang 2025
Maybank sasar pembiayaan lestari RM50 bilion menjelang 2025 | Dagang News
Untung bersih suku ketiga Maybank sebanyak RM1.95 bilion, umum dividen interim 13.5 sen
Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 susut kepada RM1.95 bilion daripada RM2.0 bilion pada suku yang sama sebelum ini.
Maybank unjur prestasi kewangan lebih baik pada 2017
KDNK Malaysia, Singapura dan Indonesia masing-masing dijangka berkembang 4.4 peratus, 2.5 peratus dan 5.1 peratus, daripada 4.2 peratus, dua peratus dan lima peratus tahun lepas.