Empat stesen Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang akan dibuka sepenuhnya mulai 17 Julai ini dipilih untuk memulakan Program Hak Penamaan Stesen MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp).
MRT Corp dalam kenyataan hari ini berkata hak penamaan stesen, yang akan membenarkan nama, logo atau penjenamaan produk pemegang lesen untuk dikaitkan dengan sesebuah stesen, telah dianugerahkan kepada empat syarikat baru-baru ini.
Empat stesen yang terlibat ialah Stesen Pusat Bandar Damansara yang diberi nama 'Pavillion Damansara Height-Pusat Bandar Damansara', Stesen Semantan iaitu 'Manulife-Semantan', Stesen Bukit Bintang iaitu 'Pavillion Kuala Lumpur-Bukit Bintang' dan Stesen Maluri diberi nama 'Aeon-Maluri'.
Menurut kenyataan, syarikat yang menjadi pemegang lesen hak penamaan stesen adalah Jendela Mayang sebagai pemaju Pavillion Damansara Height, Manulife Insurance Bhd, Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd dan Aeon Co. (M) Sdn Bhd.
Menerusi program tersebut, setiap pemegang lesen diberi hak untuk nama, logo atau jenama produknya bagi dikaitkan dengan sesebuah stesen tertentu di sepanjang Laluan SBK, yang mana namanya akan diletak bersama nama stesen.
Pengarah Komersial dan Pengurusan Tanah MRT Corp Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata nama atau jenama syarikat yang terlibat mempunyai potensi untuk semakin dikenali apabila dikait rapat dengan stesen MRT.
"Mereka berpeluang mengaut keuntungan daripada program itu melihat kepada jangkaan penumpang yang tinggi serta kebolehlihatan stesen MRT yang baik," katanya dalam kenyataan itu.
Katanya pemegang lesen yang berjaya diberi tempoh pelesenan dari tiga ke 10 tahun bagi setiap stesen.
"Pemegang lesen yang berjaya telah dipilih berdasarkan bidaan tertinggi dengan yuran lesen yang dikenakan untuk stesen bermula pada RM1.5 juta untuk minimum tiga tahun, atau RM1.2 juta setiap tahun untuk tempoh minimum selama lima tahun," katanya.
Katanya pendapatan yang dijana daripada Program Hak Penamaan Stesen, dikategorikan sebagai hasil bukan tambang, adalah milik MRT Corp.
"Keempat-empat stesen ini adalah kelompok pertama yang diberikan hak penamaan stesen dan MRT Corp akan membuka tender yang selanjutnya untuk stesen-stesen lain pada masa hadapan," katanya.
Fasa kedua Laluan SBK dari Stesen Semantan ke Stesen Kajang akan mula beroperasi mulai 17 Julai ini.
Fasa Pertama dari Sungai Buloh ke Semantan telah dibuka kepada orang awam pada 16 Disember lepas.
Laluan SBK dianggarkan akan memberi perkhidmatan kepada 400,000 pengguna sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2017
Transit Aliran Massa (MRT) Stesen Maluri merupakan salah satu laluan Fasa Dua melibatkan 19 stesen dari Stesen Semantan-Kajang yang akan di rasmikan pada 17 Julai ini. - Foto BERNAMA
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Ini 6 langkah kerajaan pastikan hutang terkawal, terurus
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata selain kajian semula projek infrastruktur mega mahal, kerajaan turut melakukan pembiayaan semula pinjaman dengan kadar yang lebih rendah (refinancing).
MRT Corp serah hak penamaan empat stesen
Empat stesen Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang akan dibuka sepenuhnya mulai 17 Julai ini dipilih untuk memulakan Program Hak Penamaan Stesen MRT Corp.
Lebih banyak penjimatan tanpa membeli tanah - MRT Corp
Penjimatan yang diperoleh menerusi langkah tidak membeli tanah daripada fasa pertama laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) MRT kemungkinan lebih daripada anggaran RM2 bilion yang diumumkan.
PM lancar fasa pertama MRT, perkhidmatan percuma sehingga 16 Januari
Perkhidmatan bagi fasa pertama akan bermula pada pukul 6 pagi esok, membabitkan 12 stesen di antara Sungai Buloh dan Semantan dan meliputi laluan sepanjang 21 kilometer.
Penutupan jangka panjang di Jalan Kepong bermula esok - MMC-Gamuda
Dua lokasi laluan di Jalan Kepong menuju Jinjang akan ditutup untuk tempoh panjang bagi kerja pemindahan utiliti bagi projek Mass Rapid Transit bermula Rabu.
MRT Corp, Rapid Rail muktamatkan perjanjian serah MRT
Perjanjian itu juga memperincikan obligasi Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, melibatkan penyelenggaraan gerabak, stesen, sistem dan aset lain.
Pemilik premis Ampang Park dibenar cabar keputusan ambil tanah projek MRT
Mahkamah mengeluarkan perintah sementara sehingga 29 Feb kepada pentadbir tanah daripada mengambil tanah atau mengeluarkan sebarang award terhadapnya.
Pemeriksaan awam laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bermula
Orang ramai kini berpeluang melihat secara dekat cadangan jajaran Mass Rapid Transit (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya melalui pemeriksaan awam yang bermula hari ini sehingga 17 Ogos.
Projek pembinaan MRT kini 62 peratus siap, lebih awal daripada sasaran
Fasa pertama laluan dari stesen Sungai Buloh ke stesen Semantan dijangka beroperasi sepenuhnya kepada orang awam pada bulan Disember tahun depan.
Pemaju projek MRT diminta kurangkan kesulitan kepada orang ramai
Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta pemaju projek MRT di Lembah Klang supaya memastikan orang ramai menghadapi kesulitan minimum semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan.