Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) mahu program bersama penerima dana baru menjadi platform agensi itu membangun visi bersama usahawan dalam cabang perniagaan yang diceburi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Norhalim Yunus berkata, ia sekali gus landasan untuk menjelaskan harapan agensi itu sendiri selain sesi pengenalan bersama penerima dana yang lain.
"Kerana dalam pengalaman kita selama 26 tahun ini, kita mendapati apabila kita mengadakan hubungan kerjasama bersama penerima dana dengan jaringan masing-masing, kita dapati syarikat ini boleh mengurangkan masa perkembangan mereka, kedua mengurangkan risiko dan ketiga mempercepatkan penembusan pemasaran.
"Jadi semua kegiatan MTDC adalah untuk membantu penerima dana kita mencapai visi yang mereka bina sendiri," katanya semasa ditemui pada program induksi dan jaringan usahawan teknologi MTDC di sini, hari ini.
BACA: Setiap pihak perlu ada pemikiran keusahawanan untuk capai Industri 4.0
BACA: MTDC terus jadi rakan kongsi usahawan, universiti - Norhalim
Kira-kira 40 buah syarikat menyertai program tersebut sekali gus menerima dana daripada MTDC.
Bagaimanapun kata Norhalim, pihahknya selalu mengingatkan penerima dana ia adalah dana awam.
"Walaupun mereka mungkin ada visi sendiri untuk membangunkan syarikat tetapi visi besar sebenarnya untuk membangunkan sekumpulan usahawan teknologi yang kita boleh dibanggakan
"Ia merupakan mereka yang boleh mengeksport produk ke seluruh dunia. Ini kita boleh lakukan apabila kita bekerjasama dan bantu membantu, saling memberikan kerjasama dan satu sama lain untuk sama-sama membangun sebagai syarikat teknologi yang boleh bersaing di pasaran antarabangsa," jelasnya.
Dalam pada itu, Norhalim menjelaskan MTDC bukanlah bank walaupun mereka memberi dana yang perlu dibayar semula atau ditukar dalam bentuk saham.
"Apabila kita melabur dalam syarikat dan kita menjadi rakan niaga, maknanya apa yang diperlukan, bantuan yang diperlukan sentiasa boleh diberitahu kepada MTDC.
"Kita perlu tadbir urus baik supaya dua-dua pihak dapat menguruskan projek dan jana pendapatan besar.
"Kita agensi yang melabur, kita bukan beri geran. Kita labur dalam syarikat dan usahawan. Ini imej dalam MTDC yang ingin kita jelaskan," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Thu Mar 08 2018
NORHALIM: Semua kegiatan MTDC adalah untuk membantu penerima dana kita mencapai visi yang mereka bina sendiri, - Gambar fail
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya hari ini akibat masalah kewangan
Kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan keputusan terpaksa diambil untuk menutupnya.
Malaysia sambut baik keputusan Australia mendanai kembali UNRWA - Anwar
Anwar gembira kerana rakan sejawatannya dari Australia Anthony Albanese mengambil keputusan itu, berikutan keadaan yang semakin meruncing di Gaza.
Sweden sambung salur dana kepada UNRWA
PBB sebelum ini memberi amaran satu per tiga daripada populasi di Semenajung Gaza kini di ambang kebuluran.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Dokumen Israel punca beberapa negara henti dana kepada UNRWA
Dokumen Israel itu menuduh beberapa kakitangan UNRWA mengambil bahagian dalam penculikan dan pembunuhan semasa serangan Hamas.
PM Palestin desak penggantungan dana kepada UNRWA ditarik semula
Keputusan tersebut disifatkan berlaku pada waktu sukar dan seolah-olah menyokong misi Israel untuk mengusir penduduk Palestin secara paksa.
Isu Aman Palestin: SPRM siasat transaksi mencurigakan, syarikat
Pegawai penyiasat mengesan wujudnya perkara-perkara yang mencurigakan yang memerlukan penelitian mendalam.
Dakwa seleweng dana: Shamsul Iskandar buat laporan polis terhadap Chegubard
Shamsul Iskandar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai fitnah serta usaha mendapatkan publisiti murahan.
Suruhanjaya EU mansuh sekatan dana EUR10 bilion Hungary
Pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Viktor Orban untuk meningkatkan kebebasan badan kehakiman sepenuhnya mematuhi ketetapan yang dipersetujui.