JOHOR BAHRU:Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati penduduk di Iskandar Malaysia terus mendapat manfaat daripada pembangunan di wilayah tersebut dan menyokong lebih banyak inisiatif berpaksikan rakyat yang boleh meningkatkan lagi taraf hidup mereka.
Muhyiddin, yang juga pengerusi bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata, sebagai sebuah wilayah ekonomi, Iskandar Malaysia mencatatkan pencapaian pelaburan yang cemerlang sejak ia dibuka sehingga sekarang.
"Bagaimanapun, saya lebih teruja melihat banyak pencapaian wilayah itu dalam memastikan rakyat tidak terpinggir dan membangunkan komuniti yang padu dan berdaya tahan di tengah-tengah pembangunan pesatnya," kata perdana menteri selepas mesyuarat Ahli-Ahli Pihak Berkuasa (MoA) IRDA menerusi sidang video pada Isnin.
Kenyataan mengenai mesyuarat itu dikeluarkan oleh IRDA di sini, pada Rabu.
Menurut IRDA, Iskandar Malaysia merekodkan jumlah pelaburan terkumpul sebanyak RM322.1 bilion dari 2006 hingga Jun 2020, dengan lebih 750,000 pekerjaan diwujudkan sepanjang tempoh itu.
Sementara itu, Ketua Eksekutif IRDA Datuk Ismail Ibrahim berkata agenda perkongsian kesihatan dan keterangkuman dalam Pelan Pembangunan Komprehensif (CDPii) bertujuan untuk mencapai kekayaan yang sama rata bagi masyarakat yang tinggal di Iskandar Malaysia.
"Aspek penting dalam memastikan kemampanan agenda ini adalah bagi memastikan ekosistem menggalakkan hubungan sosial untuk membantu masyarakat menyertai proses membuat keputusan dan pelaksanaan inisiatif berasaskan tempatan," katanya.
Ismail berkata, satu cadangan utama dibangkitkan semasa mesyuarat MoA adalah untuk mengatur usaha pengumpulan data menerusi pertubuhan masyarakat sosial (CSO) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan penggunaan teknologi.
Muhyiddin berkata dengan menggunakan data yang dikumpulkan oleh CSO dan NGO serta memanfaatkan teknologi untuk menganalisis data ini, ia akan membantu pihak berkuasa dan rakan kongsi lain di Iskandar Malaysia untuk menyediakan penyelesaian dan inisiatif lebih efektif dan berasaskan bukti bagi kesejahteraan rakyat.
Inisiatif lain yang dicadangkan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran pemimpin institusi berasaskan komuniti.
"Cadangannya adalah agar masyarakat dan wakil serta pemimpin komuniti yang dilantik menjalani latihan pembinaan kapasiti berstruktur bagi meningkatkan lagi keberkesanan peranan mereka dalam membantu kerajaan memperkasakan rakyat," katanya.
Cadangan ketiga adalah untuk menyokong inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kerajaan dengan menggabungkan modul pembelajaran literasi kewangan dalam semua program pemerkasaan sedia ada.
Meskipun dua inisiatif kerajaan itu akan menyediakan sokongan kewangan segera dan bantuan kepada rakyat, kemahiran perancangan kewangan yang baik akan membantu mereka dalam mengatur dan menyebarkan sumber kewangan mereka, katanya.
"Saya percaya Ahli-Ahli Pihak Berkuasa IRDA bersetuju dengan saya dalam agenda berpaksikan rakyat di Iskandar Malaysia dan menyokong cadangan inisiatif untuk membantu lagi rakyat, terutamanya semasa dan selepas pandemik COVID-19," kata Muhyiddin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 21 2020
MUHYIDDIN: Saya lebih teruja melihat banyak pencapaian wilayah itu dalam memastikan rakyat tidak terpinggir dan membangunkan komuniti yang padu dan berdaya tahan. - Gambar fail
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.