Rangkaian pasar raya Mydin terpilih di seluruh negara melancarkan perkhidmatan pembelian pandu lalu bermula 8 April lalu.

Mydin dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif itu bagi memberi kemudahan kepada semua pihak untuk mendapatkan barangan keperluan harian susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"10 cawangan terpilih iaitu Mydin USJ, Subang Jaya; Mydin Semenyih; Mydin Mart Seksyen 18, Shah Alam; Mydin Selayang; Mydin MITC, Melaka; Mydin Parit Buntar; Mydin Meru Raya; Mydin Bukit Mertajam; Mydin Pekan dan Mydin Kubang Kerian.

"Mydin mengambil langkah segera dengan memperkenalkan perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Mydin Express bertujuan meminimakan kesesakan dan kontak sesama pelanggan serta kakitangan ketika membeli belah," katanya di sini pada Selasa.

inisiatif itu bagi memberi kemudahan kepada semua pihak untuk mendapatkan barangan keperluan harian berikutan

Tambah kenyataan itu, semua pelanggan boleh membuat pesanan barangan secara dalam talian dan mengambil barang secara pandu lalu di lokasi yang disediakan di setiap pasar raya terbabit.

"Dengan cara ini, pelanggan tidak perlu berasa risau dan lebih selamat untuk membeli barangan pesanan mereka tanpa perlu turun dari kenderaan.

"Kita amat prihatin akan wabak ini dan terpanggil untuk memberi kemudahan pengalaman beli-belah yang lebih selesa dan selamat," jelas kenyataan itu.