Pasar raya Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) bersedia untuk menukarkan tanda harga barang apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus, berkuat kuasa mulai 1 Jun depan.
Pengurus Besar Mydin Wilayah Utara, Azmin Saduruddin berkata pihaknya yakin jualan akan meningkat kerana rakyat mempunyai lebihan wang dan berpeluang berbelanja apabila GST sifar peratus.
Beliau berkata sejak GST diperkenalkan pada 2015, hasil jualan di Mydin turun secara mendadak.
"Saya percaya apabila GST pada kadar sifar peratus, kita akan mampu mencatat jualan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada anak yatim Parlimen Parit Buntar di sini, pada Khamis.
Majlis perasmian disempurnakan Anggota Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dan 31 anak yatim menerima hamper sebagai persiapan untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.
Azmin berkata Mydin juga memberi jaminan barangan keperluan di pasar raya besar itu mencukupi menjelang musim perayaan Aidilfitri nanti, dan harga yang ditawarkan di Mydin adalah berpatutan.
Sementara itu, Mujahid dalam ucapannya berkata usaha yang dilakukan Mydin pada hari ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada anak yatim.
Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan akan menunaikan semua janji dalam manifesto bagi memastikan hak dan kebajikan rakyat dipelihara. -- Bernama
Bernama
Thu May 24 2018
Pihak Mydin yakin jualan akan meningkat apabila rakyat mempunyai lebihan wang dan berpeluang berbelanja apabila GST sifar peratus. - BERNAMA/Fail
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Sistem cukai SST beri kesan fiskal lebih cepat berbanding GST - Hui Ying
Sistem cukai kepenggunaan semasa iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mampu memberi kesan fiskal yang lebih cepat kepada negara berbanding pelaksanaan cukai nilai tambah seperti GST.
GST lebih baik, kurang bebankan rakyat - Ka Siong
Pelaksanaan GST didapati lebih baik dan kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ka Siong.
Belum ada cadangan laksana GST semula - Amir Hamzah
Kerajaan ambil kira kesan terhadap rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup ketika ini.
Kerajaan akan utamakan tambah baik sistem cukai semasa - Amir Hamzah
Kerajaan akan mengutamakan untuk menambah baik sistem cukai semasa sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan cukai baharu seperti GST.
Kutipan cukai Malaysia paling rendah di rantau ini
Malaysia tertinggal di belakang Singapura serta Thailand kerana kedua-duanya menggunakan sistem GST termasuk VAT.
Tiada rancangan laksana GST, kerajaan fokus subsidi bersasar - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak merancang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun ini dan tahun depan memandangkan ingin menumpukan kepada subsidi bersasar terlebih dahulu.
Kembalikan GST, naikkan cukai SST langkah kurang tepat - Ismail Sabri
Cadangan kerajaan untuk menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dari enam kepada lapan peratus disifatkan sebagai langkah kurang tepat.
Tadbir urus baik paling utama dalam tangani penyelewengan, kebocoran - PM Anwar
Pencukaian bukanlah perkara yang paling utama untuk menangani penyelewengan dan kebocoran dana Kerajaan.
Kembalikan GST untuk elak pembaziran - Wee Ka Siong
Bagaimanapun, Wee berkata sistem e-invois adalah satu komponen dalam cukai GST yang diguna pakai sebelum ini.
Parlimen: 'Lupakan kisah lama, kembalikan GST' - Ka Siong
GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.