Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka berada dalam aliran rendah minggu ini.

Ini menjejaki sentimen pasaran global yang berhati-hati selain minggu dagangan singkat.

Menurut peniaga minyak sawit, David Ng harga minyak mentah yang rendah pada Jumaat lepas juga akan menjejaskan lagi harga komoditi itu.

Ia menjangkakan pergerakan lemah pada minggu ini, kerana peniaga mengambil petunjuk dari pasaran global.

Tambahnya laporan bahawa China mengumumkan langkah untuk mengetatkan kawalan ke atas Hong Kong telah mendorong berlakunya penjualan ketara dalam pasaran global dan boleh meningkatkan ketegangan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.

Dia menjangkakan MSM mungkin diniagakan di antara paras sokongan RM2,120 dengan rintangan pada RM2,250 satu tan.