Pakej rangsangan, intervensi dan fiskal ekonomi perlu dilaksanakan kerajaan dalam memastikan pendapatan kukuh ekoran kelembapan ekonomi global selain kesan penularan wabak COVID-19.
Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Rafiq Idris berkata, pakej rangsangan itu penting bagi memacu ekonomi Sabah sekali gus tidak memberi kesan ketara kepada rakyat.
Menurutnya, sektor pelancongan yang merupakan antara sumber utama pendapatan kerajaan negeri menerima kesan daripada wabak COVID-19.
"Pada pandangan saya pada masa ini kita perlu lakukan intervensi ekonomi. Kita perlu merangsang semula ekonomi negeri ini. Ini yang perlu dilakukan kerajaan pada waktu ini," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Sabtu.
Selain itu, Dr Rafiq melihat, pakej rangsangan ekonomi yang mungkin dilakukan kerajaan perlu mengambil kira kesan jangka panjang.
Malah, kata beliau, rangsangan itu bukan hanya tertumpu kepada sektor pelancongan semata-mata tetapi juga mengambil kira sektor lain seperti perkhidmatan di Sabah.
"Pakej rangsangan ini pada pandangan saya haruslah berbentuk perbelanjaan jangka pendek yang boleh memberi kesan berterusan. sebagai contoh, sektor pelancongan.
"Malah sebelum ini ada pengumuman mengenai peruntukan RM2 bilion melalui Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di Malaysia. Ini satu pakej untuk merangsang sektor perniagaan meningkatkan perniagaan mereka dengan melawan keadaan kelembapan ekonomi ketika ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai pendirian Kerajaan Sabah yang mesra Kerajaan Persekutuan, Dr Rafiq melihat ia satu tindakan bijak dilakukan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
"Saya merasakan adalah sangat penting untuk Kerajaan Negeri sabah terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan. Dengan itu peruntukan yang bakal diberikan kepada Sabah dalam Belanjawan akan datang sama atau jauh lebih baik.
"Walaupun berbeza idealogi politik, tetapi langkah sedia bekerjasama adalah langkah terbaik untuk sama-sama mensejahterakan rakyat dan negeri ini," katanya.
Assim Hassan
Sat Mar 07 2020
Dr Rafiq menyifatkan langkah itu mampu memacu pendapatan ekonomi negeri susulan kelembapan ekonomi global dan kesan COVID-19. - Foto Astro AWANI.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).