Pameran elektronik pengguna (CES) Las Vegas akan bermula 8 Januari ini.

Pameran CES ini akan menampilkan produk pengguna daripada telefon bimbit ke televisyen terbaru yang akan menjadi trend 2013.

Pameran tersebut bermula pada 1967 namun revolusi dilihat pada 1995 dengan pengenalan produk pengkomputeran rumah terkini.

Antara yang diperkenalkan termasuk cakera padat, piring satelit rumah dan jam yang bersuara.

Sepanjang jangka hayatnya, CES menyaksikan peranti yang kekal dan ada yang hanya dipamerkan sekali sahaja.

Pada 2008, tumpuan diberikan kepada saiz dan berat dengan telefon bimbit menjadi semakin kecil dan ringan.

Antara yang menarik perhatian termasuk kerjasama pereka fesyen Giorgio Armani dan Samsung.

Pada 2010, produk yang mendapat perhatian termasuk komputer riba dengan paparan telus.

Pada 2012, tablet 7 inchi dan fon kepala artis menjadi taruhan.

Dengan keluasan 1.8 juta kaki persegi, CES adalah pameran elektronik pengguna terbesar dunia.

Jadi apa yang menanti 2013?